fbpx

Massage Oil Malaysia: Cara Penggunaan Yang Tepat

massage oil malaysia

Mengurut merupakan teknik perubatan tradisional yang boleh merawat pelbagai jenis masalah sakit badan dan digunakan bersama massage oil di Malaysia.

Menggunakannya ketika mengurut sangat penting bagi memastikan sesi urut yang selesa dan efektif.

Dalam artikel ini kami akan menerangkan kepada anda kelebihannya, cara memilih massage oil yang terbaik di Malaysia serta cara penggunaannya yang tepat.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

 

 

Kelebihan Menggunakan Massage Oil Untuk Mengurut

 

kelebihan massage oil

  1.  Urutan yang lebih lancar dan selesa

 

Menggunakan massage oil membolehkan tangan untuk meluncur di atas kulit semasa urutan dan memberikan pengalaman yang lebih selesa.

Teknik urutan seperti teknik effleurage (untuk memanaskan tisu otot badan) akan rasa lebih selesa dengan minyak, kerana tangan tidak akan menyeret pada kulit yang disapu minyak.

 

  1. Manfaat aromaterapi

 

Minyak urut menawarkan faedah tambahan iaitu sensasi aromaterapi kepada kedua-dua pemberi dan penerima urutan.

Urutan aromaterapi dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan, mengurangkan ketegangan otot dan melegakan kesakitan.

Ia juga membantu mengurangkan simptom kemurungan, mengawal keradangan dan membantu merawat sakit kepala.

 

 

Cara Penggunaan Massage Oil Yang Betul

 

cara guna massage oil

Berikut merupakan penggunaan massage oil yang betul sebelum dan semasa mengurut: 

 

  • Pastikan tangan anda bersih

 

Pastikan tangan anda bersih sebelum anda menyentuh kulit sendiri atau orang lain. Jika tidak, anda akan menggosok bakteria dan kotoran yang lain ke dalam kulit tubuh.

Ini akan menyebabkan iritasi dan masalah kulit lain untuk berlaku. Jadi basuh tangan anda terlebih dahulu dengan menggunakan air dan sabun.

 

  • Tentukan bahagian mana yang ingin diurut dahulu

 

Mengetahui dan menentukan bahagian badan mana yang anda ingin mengurut dahulu akan membantu menentukan jumlah massage oil yang anda perlukan.

Sebagai contoh, jika anda akan mengurut bahagian seperti betis, anda akan memerlukan jumlah minyak yang lebih sedikit berbanding minyak yang diperlukan di belakang badan.

 

  • Picit jumlah minyak yang mencukupi

 

guna minyak urut

Pastikan anda memicit jumlah massage oil yang secukupnya pada tapak tangan. Elakkan memicit terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan pembaziran.

Ratakan massage oil di tapak tangan anda. Jika anda memerlukan lebih lagi, tambahkan sedikit lagi sehingga anda rasa tapak tangan tidak lagi kering.

 

  • Mula mengurut

 

urut guna minyak urut

Ketika anda sedang mengurut, anda mungkin akan memerlukan lebih banyak minyak. Jangan teragak-agak untuk memicit lebih banyak lagi apabila perkara ini berlaku.

Lebih baik menambah minyak daripada mengurut dan menggosok kulit seseorang atau diri sendiri dengan tangan yang kering.

Jika anda terpicit minyak dengan terlalu banyak secara tidak sengaja, anda hanya perlu membersihkan lebihan minyak tersebut dengan tuala tangan.

 

  • Pastikan minyak selamat digunakan bersama alat mengurut

 

Jika anda menggunakan alat mengurut seperti pistol urut, pastikan massage oil yang anda pilih selamat untuk digunakan bersama mesin tersebut.

Kesimpulannya, pastikan anda memilih massage oil malaysia yang berkualiti dan bersesuaian serta menggunakannya dengan cara yang betul bagi memastikan ia lebih efektif.

Jika anda sedang mencari massage oil malaysia yang berkualiti tinggi, Aromatherapy Massage Oil Razowa adalah pilihan yang terbaik untuk anda!

razowa aromatheraphy massage oil

Aromatherapy Face & Body Massage Oil (Lemongrass) dari Razowa diperkaya dengan bahan pati minyak serai dan minyak zaitun.

Ia bukan sahaja menghasilkan efek aromatherapy yang menyegarkan, malah, ia juga sesuai dijadikan sebagai minyak urut pada tubuh badan dan wajah.

Yang menariknya, ia boleh digunakan oleh seisi keluarga termasuklah bayi dan ibu mengandung.

Ia boleh digunakan untuk melembabkan kulit di sekitar perut dan paha bagi mengelakkan stretch marks.

Aromatherapy Face & Body Massage Oil (Lemongrass) dari Razowa ini juga membantu untuk melembabkan kulit, merawat kutikel yang kering, dan merawat tumit pecah.

Jadi, buat anda yang ingin bersantai sambil menikmati aromatherapy ala-ala di spa, klik pautan di bawah untuk dapatkan Aromatherapy Face & Body Massage Oil sekarang! 

 

Dapatkan Aromatherapy Massage Oil Razowa sekarang!