Nak body scrub treatment ala spa tetapi yang menjimatkan? Mencipta body scrub sendiri tidaklah sesukar yang digambarkan.
Ramuan dan bahan yang diperlukan sebenarnya mudah didapatkan. Hint: (dalam rumah sendiri). Body scrub boleh dibuat dengan menggunakan bahan di dapur!
Inilah sebab ramai penjual menjual skrub organik, kerana body scrub mudah dibuat dan tidak memerlukan kos yang banyak.
Hasil scrub badan buatan sendiri akan membuat kulit anda lebih sempurna, halus dan mulus.
Scrub tersebut bukan sahaja sesuai untuk digunakan untuk tubuh badan, malah scrub juga boleh digunakan pada muka.
Tetapi tahukah anda kenapa anda perlu gunakan body scrub?
Scrub badan yang dibuat sendiri juga lebih segar dan mempunyai khasiat yang tinggi kerana zat vitamin bahan-bahannya masih utuh.
Kenapa Perlu Gunakan Body Scrub?
Scrub badan memiliki beberapa manfaat bagi kulit. Pertama, ia membantu membersihkan kulit dari sel-sel mati dan kotoran.
Selain itu, scrub badan membantu menjaga kulit tetap lembut dan halus dengan membuang sel-sel mati.
Ia juga dapat membantu menghilangkan bintik-bintik hitam dan melambatkan proses penuaan kulit.
Akhir sekali, scrub badan dapat membantu meningkatkan penyerapan produk kecantikan kulit seperti krim pelembap dan serum.
4 Bahan DIY Yang Bagus Dijadikan Body Scrub
Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk membuat body scrub. Namun, berikut adalah 4 bahan yang sangat bagus untuk badan anda.
Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui bahan-bahan tersebut serta cara anda boleh membuat body scrub dengan mudah.
-
Gula kelapa
Gula kelapa adalah sumber semula jadi asid glikolik yang dapat membantu menghilangkan sel kulit mati dan membuatkan kulit terlihat lebih cerah.
Gula kelapa juga mengandungi antioksidan dan mineral untuk memelihara kulit.
Cara membuatnya, campurkan 1 cawan gula kelapa dengan 1/2 cawan minyak kelapa cair dan 5-10 titis minyak pati pilihan anda. Simpan dalam bekas tertutup.
-
Oatmeal madu yogurt
Oatmeal dapat membantu menenangkan dan melembabkan kulit kering dan gatal.
Manakala madu adalah humektan semula jadi yang membantu menghidratkan dan memelihara kulit.
Yogurt pula mengandungi asid laktik yang membantu mengangkat sel kulit mati dan membuat kulit terlihat lebih cerah.
Gabungan tiga bahan ini dapat memberikan pelbagai manfaat pada kulit anda.
Cara membuatnya, campurkan 1/2 cawan oatmeal, 1/4 cawan madu, dan 1/4 cawan yogurt. Gaulkan sehingga rata.
-
Rosehip oil
Seperti yang kita ketahui, rosehip oil kaya dengan antioksidan dan vitamin, seperti vitamin C dan A, yang membantu meningkatkan penampilan garis halus dan kedutan.
Ia juga membantu menghidratkan dan memelihara kulit yang kering dan kusam.
Cara membuatnya, campurkan 1 cawan gula putih dengan ½ cawan minyak kelapa cari dan 1 sudu besar rosehip oil.
-
Garam Himalaya
Garam Himalaya mengandungi mineral seperti magnesium, kalsium, dan potassium yang bermanfaat untuk kulit.
Ia membantu membersihkan sel kulit mati dan membuatkan kulit terasa lembut dan halus.
Selain itu, garam Himalaya juga dapat mengimbang tahap pH kulit dan meningkatkan hidrasi kulit.
Seterusnya, garam Himalaya membantu meningkatkan hidrasi kulit dan memastikan ia kekal lembap dan tidak kering.
Himalaya Salt juga dapat melegakan gatal-gatal pada kulit dan membantu menenangkan kulit yang gatal dan merah.
Cara membuatnya mudah, campurkan 1 cawan garam Himalaya dengan 1/2 cawan minyak kelapa cair dan 5-10 titis minyak pati pilihan anda.
Untuk cara mudah dan cepat membuat body scrub, dapatkan Himalayan salt scrub dari Razowa!
Ini mengandungi garam Himalaya tulen yang kaya dengan mineral dan membantu meningkatkan hidrasi kulit serta mengurangkan tampilan garis halus dan tanda penuaan.
Terdapat pelbagai manfaat body scrub Razowa, antaranya ialah:
- Membantu proses detox dan pelancaran darah untuk kulit
- Tekstur yang lembut dan halus untuk kegunaan seluruh badan
- Mengurangkan sel kulit mati dan kotoran pada permukaan kulit jika digunakan sebagai scrub muka dan badan
- Jika digunakan sebagai air mandian, ia membantu masalah urat tegang dan meregangkan otot badan untuk tidur yang lebih lena
- Melegakan sakit kaki selain dan mengurangkan bau dan sel kulit mati jika digunakan sebagai air rendaman kaki
Dengan hanya beberapa kali penggunaan, anda semestinya akan merasai pelbagai manfaat dari body scrub ini.
Baca juga:
6 Scrub Badan Terbaik dan Sebab Anda Perlu Mulakan Hari Ini
3 Cara Menggunakan Himalayan Salt oleh Razowa
Salah satunya ialah campurkan Razowa Himalayan Salt ke dalam bath tub dengan beberapa titis essential oil untuk mandian yang lebih menenangkan.
Kedua, campurkan Razowa Himalayan Salt bersama dengan beberapa titis massage oil untuk digunakan sebagai scrub muka dan badan.
Akhir sekali, campurkan Razowa Himalayan Salt ke dalam satu tub atau bekas yang berisi air panas/suam untuk rendaman kaki.
Apa tunggu lagi, jom dapatkan rawatan ala spa di rumah dengan Razowa!