Nak tips kulit cantik, baca ni!
Kulit yang berseri dan cantik bukan sekadar ciri kosmetik; ia mencerminkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kita.
Apabila kulit anda glowing dengan tenaga, ia bukan sahaja meningkatkan keyakinan anda, tetapi ia juga menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang diri anda.
Dalam dunia sekarang, di mana kulit kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan persekitaran, mengekalkan kulit yang diidamkan memerlukan tabiat penjagaan kulit yang berkesan.
Jadi, jika anda sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke arah kulit yang lebih sihat, baca tips kulit cantik ni!
Kenapa Penjagaan Kulit Perlu?
1. Organ terpenting badan
Kulit adalah organ terpenting di tubuh badan manusia
Dengan menjadi organ yang terbesar, ini bermakna banyak tanggungjawab perlu dipikul dalam menjaganya.
Tidak kisah sama ada menjaganya melalui penjagaan dalaman atau luaran, kepentingan kulit perlu diambil kira.
Tapi, kebanyakan orang tidak menghiraukan kulit di badan.
2. Melambatkan proses penuaan kulit
Kulit anda cantik, jadi kenapa tidak menjaganya?
Kalau anda tidak menjaganya dari sekarang, 30 tahun dari sekarang kulit anda akan cepat rosak!
Lazimnya, kulit mengelupas dan menimbulkan sel kulit baru setiap hari. Sebab itu anda perlu menjaganya mulai sekarang.
Kulit anda boleh nampak kusam jika dibiarkan tanpa penjagaan rapi, bahkan kulit cepat menua.
3. Hindari risiko kanser kulit
Kebanyakan kanser kulit adalah disebabkan oleh terlalu terdedah dengan sinaran ultraungu (UV).
Sinaran UV adalah radiasi yang tidak nampak dengan mata dan datang dari cahaya matahari, tanning bed, dan lampu matahari.
Juga, sinaran UV boleh merosakkan sel-sel kulit.
Sinaran UV tidak semestinya ada semasa cuaca panas terik saja. Ia juga boleh ada semasa cuaca mendung, redup, dan boleh dipantulkan di permukaan seperti air dan simen.
Oleh itu, pentingnya untuk anda memakai pelindung cahaya matahari di seluruh tubuh anda untuk elak sinaran UV.
Baca Juga: Impak Stres Kepada Tubuh Badan Manusia
6 Tips Penting Untuk Kulit Cantik
Jika anda ingin melihat perubahan dalam keadaan kulit anda, pertimbangkan untuk membuat pelarasan ini pada gaya hidup anda:
1. Moisturize setiap hari
Komponen penting lain untuk mencapai kulit cantik adalah hydration.
Daripada hanya melembapkan badan apabila terasa kering, biasakan untuk menggunakan losyen atau krim badan setiap hari, sama seperti anda melakukan kepada muka anda.
Pakar dermatologi menyarankan untuk memakai pelembap sejurus selepas mandi untuk mengunci kelembapan.
Sekurang-kurangnya, lakukannya 2 kali sehari – pada waktu pagi dan malam selepas mandi.
2. Minum air masak secukupnya
Organ dalam badan , termasuk kulit, menyerap kelembapan apabila anda minum air.
Minum banyak air sepanjang hari dan elakkan pengambilan kopi dan alkohol untuk mengurangkan kekeringan kulit.
3. Tidur secukupnya
Rehat malam yang baik adalah ubat anti-penuaan yang paling kos efektif untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Pengeluaran kolagen meningkat apabila anda tidur, mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata dan memberikan kulit rasa anjal.
Oleh itu, tidur sekurang-kurang 7 hingga 8 jam.
4. Sabun mengandungi Almond Oil dan Cocoa Butter
Pemilihan sabun badan yang sesuai dan tidak mengeringkan kulit pun penting.
Almond oil tinggi dengan vitamin E, antioksidan dan protein. Ia sangat sesuai untuk merawat kulit kering.
Manfaat yang sama juga boleh didapati dalam cocoa butter.
Jadi pilihlah sabun badan yang mengandungi antara dua minyak pati ini untuk kulit kekal terhidrat dan tidak mengelupas ketika mandi.
5. Exfoliate
Badan anda, seperti kulit muka, memerlukan pengelupasan untuk menanggalkan sel kulit mati dan mendedahkan kulit yang lebih licin di bawahnya.
Cuba exfoliate dengan menyapu scrub badan 2 kali seminggu.
Anda boleh membuat carian bahan membuat scrub badan sendiri di rumah (DIY) atau gunakan Himalayan Salt Scrub.
6. Pakai sunscreen
Tadi anda dah tahu sinaran UV boleh mengakibatkan anda mendapat kanser kulit, jangan lupa untuk memakai sunscreen.
Gunakan sunscreen spektrum luas dengan SPF minimum 30.
Sapukannya seluruh badan yang terdedah dan sapukan semula setiap 2 jam – atau lebih kerap jika anda melakukan aktiviti berenang atau berpeluh.
Kesimpulannya, diharapkan perkongsian penuh itu tadi boleh membantu anda mencapai dan mengekalkan kulit yang cantik dan cerah.
Diingatkan untuk mendapatkan kulit cantik, perlukan kesabaran dan konsistensi. Perjalanan ini bukanlah larian pecut, tetapi perjalanan trial and error.
Dengan memasukkan rutin penjagaan kulit seperti memakai sunscreen, mendapatkan tidur dan minum air secukupnya, memakai sabun sesuai, exfoliate dan memakai pelembap badan; di harapkan anda boleh mencapai matlamat anda.
Untuk penanggalan sel kulit mati berkesan, disarankan untuk mencuba Himalayan Salt scrub dari Razowa.
Tinggi dengan kalsium, magnesium, potassium dan mineral-mineral yang baik untuk kulit dan badan, ia boleh membantu:
- Proses detox dan pelancaran darah
- Mengurangkan sel kulit mati dan kotoran pada permukaan kulit
- Masalah urat tegang dan meregangkan otot badan untuk tidur yang lebih lena
- Melegakan sakit kaki
- Menghilangkan bau badan
Untuk maklumat lebih lanjut, layari website Razowa di sini.