fbpx

Tips Diet Yang Betul ketika Berpuasa

diet yang betul

Apabila tibanya bulan Ramadan, pasti ramai orang yang ingin cuba diet yang betul agar dapat bentuk badan yang ideal. 

Tapi, jangan salah faham. Bulan mulia ini semestinya dimanfaatkan untuk meningkatkan rohani individu. 

Dalam pada masa yang sama, bulan Ramadan juga digunakan sebagai langkah permulaan buat mereka yang ingin berdiet. 

Ini disebabkan mereka sudah terbiasa dengan tidak makan dan minum untuk jangka masa yang tertentu dalam tempoh satu bulan itu. 

Ada yang berjaya menurunkan berat badan ketika menyambut Ramadan. 

Meskipun begitu, individu ini perlu tahu tips diet yang betul bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku seperti lemah tubuh badan dan pening kepala. 

Jadi, kami akan kongsikan 10 tips diet yang betul untuk anda yang ingin turunkan berat badan ketika bulan puasa. 

Jom baca artikel ini sehingga habis!

10 Tips Diet Yang Betul

1. Kira kalori makanan semasa iftar dan sahur

diet yang betul

Salah satu perkara yang orang ramai sering lupa untuk lakukan adalah mengira jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan. 

Buat pengetahuan anda, setiap orang memerlukan jumlah kalori yang berbeza. 

Ini disebabkan ia berpandukan beberapa faktor seperti usia, jantina, berat badan, ketinggian, dan tahap aktiviti fizikal.

Untuk mengira jumlah kalori, anda boleh menggunakan kalkulator BMI yang ada di website. 

Anda hanya perlu berikan maklumat seperti jantina, ketinggian, berat badan bagi mendapatkan jumlah kalori yang diperlukan.

Selain itu, anda juga boleh meminta nasihat daripada pakar pemakanan untuk mengetahui jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh badan anda.

2. Minum air putih dengan secukupnya

minum air secukupnya

Memang tidak dinafikan, ada antara kita yang cenderung untuk mencari minuman manis seperti air katira, air kelapa dan lain-lain di bazar Ramadan. 

Namun, kita perlu ingat bahawa pengambilan air masak yang mencukupi adalah lebih penting dari pengambilan minuman manis. 

Kajian menunjukkan bahawa individu dewasa perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari. 

Hal ini disebabkan, pengambilan air masak yang mencukupi  membantu kita untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa berbuka puasa. 

Hal ini kerana dengan pengambilan air masak yang mencukupi, ia dapat membantu kita mengurangkan rasa lapar. 

3. Amalkan masakan berebus

30 hari kita berpuasa mesti kita  mahukan menu yang berbeza seperti ayam percik, ayam goreng berempah, dan sotong goreng tepung. 

Masakan bergoreng seperti ini memang sedap dan menggiurkan tetapi ia mengandungi kalori yang tinggi dan tidak sesuai bagi individu yang inginkan tubuh langsing.

Jadi, jika anda ingin mendapatkan berat badan yang lebih ideal, anda boleh mengamalkan pengambilan makanan berebus. 

Makanan yang dimasak dengan teknik rebusan mempunyai kebaikan tersendiri.  

Masakan ini tidak menggunakan minyak yang banyak dan memastikan kelembapan daging atau sayur terjaga. 

Di samping itu, masakan yang direbus kebanyakan menggunakan rempah dan bahan-bahan yang sihat seperti bawang putih, halia, kunyit dan lada hitam. 

Lauk yang direbus juga bantu untuk mengurangkan kandungan lemak dan kolesterol dalam hidangan, dan lebih mudah untuk dicerna oleh tubuh badan. 

Dengan cara ini, tubuh badan kita dapat mengekalkan kesihatan dan berat badan dengan lebih mudah.

4. Lebihkan sayur dan buah merupakan diet yang betul

diet yang betul

Bulan puasa ini ramai orang yang cenderung untuk mengambil makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak sehinggakan alpa tentang keperluan nutrisi yang lain. 

Sebenarnya, tubuh kita memerlukan nutrisi yang seimbang, terutama serat dan vitamin yang boleh didapati dalam sayur dan buah.

Dengan pengambilan sayur dan buah pada bulan Ramadan, tubuh badan kita akan terhindar daripada mengalami masalah sistem pencernaan dan sembelit. 

Selain itu, sayur dan buah membantu untuk menjaga berat badan kerana kedua-duanya mengandungi kandungan kalori yang rendah dan sesuai dijadikan juadah ketika berbuka atau sahur. 

5. Kekal cergas semasa Ramadan

bersenam

 

Walaupun kita rasa kurang bertenaga ketika berpuasa, tetapi jangan jadikannya sebagai alasan untuk tidur dan bermalasan sepanjang hari. 

Manfaatkan hari puasa anda dengan melakukan kerja-kerja fizikal seperti mengemas rumah dan bersenam ringan. 

Secara tidak langsung, ia bantu untuk membakar kalori dalam badan walaupun dalam jumlah yang sedikit.

6. Elakkan makan berlebihan 

Berbuka puasa semestinya “aktiviti” yang paling dinantikan oleh kaum Muslim ketika menyambut Ramadan. 

Mana tidaknya, hanya dengan melihat juadah makanan dan minuman sahaja sudah membuatkan kita terliur. 

Walau bagaimanapun, itu bukan “tiket” kita berbuka secara berlebihan. 

Perbuatan ini bukan sahaja membuatkan kita tampak gelojoh, tetapi ia juga boleh menyebabkan kesan yang negatif pada tubuh badan.

Oleh itu, anda digalakkan untuk mengawal portion makanan ketika berbuka puasa. 

Pengambilan portion makanan yang sederhana dan kunyah secara perlahan bantu untuk membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih cepat. 

7.  Diet yang betul: Jangan skip sahur 

Sahur merupakan waktu yang paling penting ketika berpuasa kerana ia membantu tubuh badan kita untuk mendapatkan tenaga yang cukup dan menjaga paras glukosa darah sepanjang hari. 

Walau bagaimanapun, ramai orang yang terlupa atau terlepas waktu sahur kerana terlajak ketika tidur. 

Anda perlu berusaha untuk bangun ketika sahur dan memakan makanan yang berkhasiat seperti bijirin, kurma, dan buah-buahan. 

Elakkan makan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi kerana ia akan menyebabkan kita berasa lapar dengan lebih cepat.

Kesimpulannya, diet ketika bulan puasa semestinya satu cabaran bagi kita. Hal ini kerana kita perlu menahan diri daripada makan dan minum untuk jangka masa yang tertentu. 

Kami di Razowa berharap agar ibadah anda pada bulan Ramadan tahun ini berjalan dengan lancar. 

Jika ada antara anda yang ingin diet ketika berpuasa, pastikan anda ikuti tips yang kami berikan di atas ini. 

Anda boleh klik pautan di bawah atau WhatsApp kami!

Layari Website Kami Untuk Maklumat Lain