fbpx

Tips Cantik Di Hari Raya Yang Anda Boleh Cuba

Bila raya bertandang, perempuan mana yang tidak mahu kelihatan cantik di hari raya. 

Setiap orang pasti tidak ingin terlepas daripada meraikannya. Persalinan baru seperti baju, tudung, kasut dan beg tangan cukup lengkap disediakan. 

Ditambah pula dengan penampilan wajah yang berseri, lengkap menjadikan anda tampil cantik di hari raya.  

Selain pemilihan busana persalinan yang pelbagai rekaan menjadi tumpuan, penjagaan wajah juga penting untuk dititikberatkan.

Wajah yang kusam dan tak bermaya buatkan kita tidak confident

Apatah lagi ramai sanak saudara yang bakal berkumpul nanti. Pasti anda mahu rasa yakin dan selesa dengan diri sendiri.

Definisi cantik itu adalah subjektif. Cantik bukan bermakna anda harus menyarung baju harga beribu-ribu. 

Cantik bukan pada putihnya warna kulit wajah. Cantik hanya cukup pada penampilan yang kemas, wajah yang bersih dan badan yang segar dan sihat.

7 Tips Cantik Di Hari Raya

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dikongsikan untuk anda tampil cantik di hari raya. Buatlah persiapan daripada sekarang!

  • Minum air putih yang mencukupi

minum air cantik di hari raya

Seperti yang kita tahu terdapat banyak manfaat minum air putih, salah satunya adalah untuk mengelakkan kulit kering. 

Air juga membantu  anda untuk membuang toksin dalam badan dan mengelakkan daripada masalah sembelit. 

Ia juga menghidrat badan dan membuang lebihan minyak dan kotoran. 

Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk menyihatkan kulit dan perubahan ketara anda boleh lihat dalam masa seminggu, kulit akan kelihatan lembap dan cantik.

  • Penyegar (toner)

penyegar

Tiga tips asas untuk mendapatkan kulit yang bersih adalah dengan mencuci, menyegar dan melembap. Tetapi apa sebenarnya fungsi penyegar? 

Penyegar (toner) sepatutnya digunakan selepas membersihkan kulit muka dengan pencuci untuk mengembalikan keseimbangan pH kulit. 

Penyegar kulit yang mengandungi bahan seperti antioksidan, asid lemak, ceramides dan gliserin membantu kulit anda akan menjadikan  lebih segar, licin dan lebih muda. 

Penyegar adalah satu bahagian penting dalam penjagaan kulit kerana ia membantu pembersihan liang pori dan mengecilkan saiz liang terbuka serta menjadikan kulit licin dengan pH seimbang.

  • Skrub kulit untuk cantik di hari raya

cantik di hari raya

Kebanyakan kita menumpukan perhatian kepada mencuci, menyegar dan melembap sahaja. 

Tetapi tips semulajadi untuk kulit licin oleh pakar-pakar menekankan pentingnya skrub kulit kerana ia adalah penyelesaian terbaik untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. 

Skrub berkala menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti beras hancur, serbuk oat atau skrub yang berasaskan organik.

Skrub ini mampu untuk membuang sel-sel kulit mati, habuk, kotoran dan bintik hitam dari kulit. Selepas skrub anda akan merasai kulit lebih licin dan bersih.

  • Pengambilan Vitamin C

vitamin c

Salah satu vitamin yang paling penting untuk kulit yang sihat dan sempurna adalah vitamin C. 

Juga dikenali sebagai asid askorbik yang membantu dalam mengekalkan keremajaan kulit dan mencegah kemunculan tanda-tanda penuaan kulit. 

Pengambilan vitamin C meningkatkan pengeluaran kolagen, mencerahkan kulit, dapat mengelakkan tompok penuaan dan pigmentasi.

Selain itu, ia bagus untuk meningkatkan keupayaan kulit untuk melindunginya daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV.

  • Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi

rehat

Tidur yang  cukup adalah rahsia nombor satu untuk mendapatkan kulit yang berseri secara semulajadi. 

Hormon tekanan membawa kepada pengeluaran minyak yang berlebihan yang akan menyebabkan jerawat dan kulit yang kusam.

Mandi air suam sebelum masuk tidur dapat menjadikan tidur anda lebih lena dan mengurangkan tekanan.

 

  • Amalkan detox

detox

Cela dan jerawat pada kulit wajah biasanya disebabkan oleh pengumpulan toksin berlebihan dalam badan. 

Detox mampu membantu menyingkirkan toksin keluar daripada badan.

Cara mudah untuk detox adalah mulakan hari anda dengan segelas air lemon suam. Lalu toksin akan dikeluarkan daripada badan anda melalui sistem perkumuhan. 

Rasai perbezaan ketara kulit wajah akan menjadi lebih bersih dan badan akan sentiasa segar.

  • Pemilihan Skincare

cantik di hari raya

Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan glowing, pemilihan skincare yang betul dan selamat amat digalakkan. 

Pilih produk yang organik dan tiada bahan chemical, yang penting yang bersesuaian dengan kulit anda.

Cantik Di Hari Raya Dengan Bengkung Razowa

razowa

Menjadi cantik itu adalah pilihan. Terpulang pada diri anda untuk tampil bagaimana di hari lebaran nanti. Yang penting anda selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Namun selain rekaan baju dan penjagaan wajah yang menjadi topik perbualan terutamanya kaum wanita, bentuk badan juga tidak terlepas daripada menjadi bualan.

Bengkung tiga saat Razowa ada penyelesaiannya!

Tujuan memakai bengkung ialah untuk membakar lemak berlebihan, melangsingkan badan dan mendapatkan berat badan ideal.

Bengkung Rozawa adalah bengkung pilihan terutama kepada ibu yang baru lepas bersalin. Diperbuat daripada material belacu yang sejuk, selesa dan menyerap peluh.

bengkung

(Cara Mudah Memakai Bengkung Razowa)

Bengkung Razowa menggunakan strap, jadi anda boleh pakai dan adjust mengikut keselesaan sendiri sama ada mahu ketat atau longgar.

Apabila bengkung mudah dipakai setiap hari, maka lebih mudah untuk membentuk semula badan dan menyokong abdomen dan tulang belakang.

Segera dapatkan bengkung Razowa sebagai persediaan menuju hari lebaran! Tampil cantik dan kelihatan langsing adalah bonus pada penampilan anda. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp  atau klik link di bawah.

Bentuk Badan Cantik Dengan Razowa