fbpx

Strok Haba; Perhatikan Tanda Awal Ini & Cegahnya Segera!

strok haba

Malaysia kini berhadapan dengan fenomena bahang dan cuaca panas yang berisiko membawa kepada strok haba.

Baru-baru ini terdapat dua kes kematian melibatkan kanak-kanak yang mengalami strok haba. Kanak-kanak adalah salah satu golongan berisiko tinggi mendapat strok haba selain warga emas.

Oleh yang demikian, masyarakat dinasihatkan agar tidak mengambil ringan punca-punca yang boleh mengakibatkan strok haba dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Cuaca panas ekstrem yang melanda beberapa tempat di Malaysia menjadi kebimbangan kepada warga sekitar kerana telah terdapat kes kematian disebabkan oleh strok haba.

Apa Itu Strok Haba?

Strok haba terjadi apabila badan terdedah kepada cuaca panas melampau dalam satu tempoh yang lama dan menyebabkan suhu badan naik mendadak melebihi 40°C atau lebih dalam masa yang singkat.

Kejadian strok haba boleh terjadi secara tiba-tiba atau berperingkat.

Ia juga boleh menyebabkan kematian kerana tubuh akan mengalami dehidrasi dan organ dalaman akan gagal berfungsi dan menyebabkan kerosakan otak.

Tanda-tanda Awal Strok Haba

strok haba

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan simptom-simptom awal strok haba.

Amaran ini ditujukan kepada golongan yang mudah terdedah kepada komplikasi tersebut seperti golongan kanak-kanak dan warga emas.

Antara tanda-tanda awal strok haba yang perlu diberi perhatian adalah:

●    Kerap sakit kepala

Sakit kepala yang berterusan adalah tanda-tanda awal badan anda mula mengalami dehidrasi.

Kekurangan air dalam badan akan mengakibatkan beberapa komplikasi lain.

Kegagalan fungsi buah pinggang, otak dan jantung juga mula membengkak menyebabkan fungsinya akan terhenti pada bila-bila masa merupakan komplikasi akibat kekurangan air dalam badan.

●    Suhu badan meningkat

Suhu badan akan meningkat secara mendadak dalam masa yang singkat sehingga boleh mencecah 40°C atau lebih.

Suhu badan normal adalah di antara 36.5°C hingga 37.5°C.

●    Badan tidak berpeluh

Badan individu yang terkena serangan ini tidak akan mengeluarkan peluh lagi kerana telah mengalami dehidrasi sangat teruk, ketegangan kulit atau ‘skin turgor’ kering dan berkurang.

  • Nadi berdenyut laju

Denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar.

Denyutan jantung normal antara 60-100/minit.

  • Badan lesu dan kerap pengsan

Pesakit akan cenderung merasa lesu dan lemah. Malah lebih membimbangkan kerap pengsan dan terkena sawan.

Elak Terkena Strok Haba!

Meneliti tanda-tanda awal strok haba sudah cukup membimbangkan apatah lagi mengalaminya.

Oleh yang demikian, langkah-langkah pencegahan perlu diambil segera bagi mengelakkan risiko terkena serangan ini.

Berikut antara langkah-langkah awal yang boleh dipraktikkan untuk menghindari diri daripada komplikasi ini:

  • Tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang.
  • Elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan.
  • Pastikan diri sentiasa terhidrat dengan mengambil air kosong 3 hingga 4 liter sehari.
  • Mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang untuk memastikan badan sentiasa bertenaga dan tidak lesu.
  • Pakai pakaian yang longgar dan ringan serta memakai pelindung kepala seperti topi atau payung.
  • Tidak meninggalkan sesiapa di dalam kereta yang diparkir di bawah terik matahari.
  • Pastikan aliran pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis.

Apa Perlu Buat Jika Anda Terkena Strok Haba?

Selain kemalangan, kebakaran atau kes kesihatan yang serius, strok haba adalah antara keadaan yang memerlukan bantuan pertolongan cemas yang segera.

Jika anda menghadapi situasi memerlukan bantuan anda dalam merawat pesakit strok haba, lakukan langkah ini:

  1. Pertolongan cemas sementara menunggu bantuan perubatan

Semasa menunggu bantuan perubatan tiba, jauhkan mangsa daripada sumber haba dan jika mereka terdedah kepada cahaya matahari, alihkan mangsa segera ke tempat yang terlindung.

strok haba

Turunkan suhu badan mangsa serta merta dengan kaedah yang boleh digunakan seperti:

  • Letakkan mangsa di bawah pancuran air. Jika boleh, letakkannya dalam tab air sejuk.
  • Gosokkan atau lap badan mangsa dengan air sejuk.
  • Pastikan aliran udara yang optimum. Letak mangsa di hadapan kipas atau di bawah penghawa dingin.
  • Letakkan pek ais ke tempat paling hangat di atas badan mangsa seperti leher, lipatan peha dan ketiak. Sekiranya tiada pek ais, gunakan tuala basah sebagai ganti.

Selepas itu, lakukan langkah ini pula:

  1. Periksa isyarat badan

Sekiranya mangsa masih dalam keadaan sedar, berikan dia minum air sejuk untuk menambah air di dalam badan.

Elakkan beri minuman beralkohol atau berkafein kerana minuman tersebut boleh membuatkan keadaan mangsa menjadi semakin teruk.

Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, mulakan CPR sebagai bantuan pernafasan awal.

Penutup

Strok haba wajar tidak dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi serius.

Kesan jangka pendek akibat pendedahan cuaca panas ekstrem adalah sel-sel badan cedera, keradangan, darah senang membeku dan berlaku pendarahan di organ-organ penting.

Selain itu, mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.

Oleh yang demikian, semasa cuaca panas elakkan daripada melakukan aktiviti luar atau lasak. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang disenaraikan, segera lakukan langkah pencegahan seperti yang dinyatakan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Minto Aroma Oil untuk mengurangkan lesu.

Minto Aroma Oil ialah minyak aroma yang boleh digunakan untuk melegakan pening kepala, migrain, mual, resdung, batuk dan sakit otot.

aroma oil

Campuran minyak pudina, minyak kayu putih dan minyak bidara terpilih untuk memberi kelegaan serta merta dan meningkatkan fokus.

Saiz botol yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

Minto Aroma Oil wajib ada dalam beg, jom beli sekarang!

Klik Disini Untuk Buat Pembelian