fbpx

Punca dan Cara Hilangkan Lemak di Perut

cara hilangkan lemak di perut

Perut buncit antara masalah yang dihadapi oleh para lelaki dan wanita. Jika anda tidak menjaga pemakanan, lemak di badan akan lebih berleluasa dan terjadinya obesiti.

Masalah ini berpunca daripada amalan dan gaya hidup pemakanan yang tidak sihat.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati 50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019.

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, amalan gaya hidup sihat amat penting di Malaysia.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan punca dan cara hilangkan lemak di perut. Teruskan membaca.

 

Punca Lemak di Perut

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan perut kita buncit seperti kurang bersenam, mengalami tekanan dan cara pemakanan yang tidak sihat.

Terdapat 2 jenis lemak yang ada dalam badan kita antaranya lemak visceral dan lemak subkutan.

Lemak visceral ialah lemak yang mengelilingi organ tubuh seperti hati, perut dan usus manakala lemak subkutan terletak pada bawah kulit seperti lengan tangan, kaki dan peha.

Perut buncit terjadi apabila lemak visceral dan lemak subkutan berkumpul di bahagian abdomen iaitu di bahagian perut. 

 

4 Punca Terjadinya Lemak Di Perut

Berikut merupakan antara 4 punca terjadinya lemak di perut: 

  • Pemakanan Yang Tidak Sihat

Antara punca terjadinya perut buncit adalah kerana pengambilan makanan yang tidak seimbang iaitu terlebih kalori yang akan menyebabkan obesiti.

Selain daripada pemakanan yang tidak sihat, pengambilan daging yang banyak juga menjadi punca lemak di perut.

  • Kurang Bersenam

Gaya hidup yang tidak sihat akan menjadi punca tubuh seseorang itu mudah terkumpulnya lemak.

Perbuatan sering tidur dan tidak melakukan aktiviti riadah ringkas seperti berjalan-jalan akan menyukarkan seseorang untuk membuang lemak berlebihan.

Hal ini kerana, anda akan cenderung untuk tangguhkan sebarang aktiviti dan berasa malas melakukannya. 

  • Tekanan

Apabila anda rasa tertekan dalam kehidupan harian, berkemungkinan anda akan makan dengan kuantiti yang banyak bagi release-kan stress.

Makan dalam kuantiti yang banyak adalah perkara tidak sihat dan membuatkan anda makan dengan laju dan tidak sedar kuantiti makanan yang sedang dimakan. 

  • Alkohol

Pengambilan alkohol secara berlebihan juga akan terjadinya punca obesiti dan perut buncit kerana ia membawa kepada pengumpulan lemak yang tinggi.

 

Cara Menghilangkan Lemak di Perut 

Pada bahagian ini, kami akan berikan beberapa tips bagi anda yang ada masalah perut buncit dan ingin mengatasinya.

Mengikut piramid makanan dan cadangan pemakanan seperti suku suku separuh  yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan langkah yang baik.

  • Kurangkan Makanan Berkarbohidrat

makanan berkarbohidrat

Setiap pengambilan makanan mestilah seimbang. Bagi membantu mengempiskan perut, anda perlu kurangkan makan makanan berkarbohidrat dan lebihkan serat dan protein.

Mengurangkan jumlah karbohidrat dalam diet makanan bantu untuk turunkan berat badan dan menghilangkan lebihan lemak di perut.

Antara makanan karbohidrat yang patut anda kurangkan adalah nasi putih, roti putih dan gula.

  • Kurangkan Gula Dan Makanan Yang Manis

Gula mengandungi fruktosa. Pengambilan fruktosa secara berlebihan amat berbahaya kepada kesihatan untuk jangka masa panjang

Apabila badan kita terlebih kandungan gula dalam badan sebab itu wujudnya obesiti, kencing manis, dan perut buncit.

Oleh itu, dalam setiap pemakanan mestilah kurangkan gula. Ianya tidak elok untuk kesihatan badan kita.

Lebih baik kita menggantikannya dengan buah-buahan yang manis seperti tembikai, epal, anggur, buah naga dan oren.

  • Lebihkan Makanan Berserat

makanan berserat

Pengambilan serat dapat membantu proses penghadaman dan menjaga kesihatan usus.

Makanan yang kaya dengan serat akan menyerap nutrien dalam badan dan membantu untuk rasa kenyang lebih lama.

Antara makanan yang kaya dengan serat yang tinggi adalah sayur, buah-buahan, bijirin dan oat.

  • Kerap Bersenam

bersenam

Bersenam antara salah satu untuk hilangkan perut yang buncit. Anda boleh lakukan senaman 3 kali seminggu atau boleh lakukan senaman setiap malam sebelum tidur.

Selain itu, bersenam juga membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan dan peredaran darah.

Jika kita bersenam dan kawal pemakanan sekaligus dapat menyelesaikan masalah perut buncit dan dapat menurunkan berat badan dengan cepat.

  • Perbaiki Corak Tidur 

Pastikan tidur anda cukup 8 jam sehari dapat membantu diri anda rehat dengan cukup.

Kadangkala, stress yang dihadapi akan menyebabkan keinginan untuk makan lebih banyak atau kurang tidur.

Apabila kurang tidur, secara tidak langsung akan menyumbang pertambahan berat badan. Oleh itu, kawalan stress harus dilakukan.

Selepas makan juga tidak elok untuk terus baring atau tidur. Makanan tidak dapat diproses dengan baik dan akan menyebabkan lemak di perut.

Itulah sedikit sebanyak info dari kami tentang punca dan cara hilangkan lemak di perut anda.

Kesimpulannya, untuk dapatkan body yang cantik haruslah rajin bersenam dan ambil pemakanan diet yang seimbang.

Senaman untuk kempiskan perut dalam Youtube akan membuahkan hasil jika anda konsisten dan jaga pemakanan.

Yang penting, anda harus consistent!

 

Apa Itu Saunami Firming Cream?

cara hilangkan lemak di perut

Anda sudah bersenam dan jaga diet pemakanan yang seimbang? Tetapi lambat berhasil dan ingin hasil yang cepat?

Jika anda ingin buang lemak di perut dengan lebih cepat dan berkesan, gunalah Saunami Firming Cream dari Razowa.

Cream ini membantu membakar lemak berlebihan di perut. Lagi berkesan jika dipakai bersama dengan bengkung untuk memberikan bentuk badan yang lebih ideal.

Ia juga dapat menganjalkan kulit dan memudarkan selulit.

Anda hanya perlu sapu pada perut, pinggang dan pinggul dan anda akan nampak hasil dalam sebulan. Baunya juga lembut dan teksturnya tidak melekit!

Jadi, jom hilangkan lemak dekat perut dengan Saunami Firming Cream Razowa sekarang!

Anda hanya perlu klik pada pautan biru di bawah ini untuk mendapatkannya.

JOM BELI SAUNAMI FIRMING CREAM RAZOWA SEKARANG