Seperti yang diketahui umum, memiliki pinggang yang langsing merupakan salah satu kecantikan wanita.
Tidak diragui bahawa badan yang berbentuk ‘hour glass’ adalah idaman majoriti wanita masa kini.
Bagi anda yang memiliki badan yang lebar berbentuk pir atau segi tiga, teruskan baca artikel ini untuk dapatkan bentuk pinggang idaman!
5 Tips untuk Dapatkan Bentuk Pinggang Idaman
Untuk dapatkan bentuk badan yang cantik, anda perlukan penjagaan dan juga usaha yang berterusan.
-
Amalkan pemakanan sihat
Salah satunya adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.
Adalah sangat penting untuk anda mengamalkan diet yang seimbang.
Pengambilan makanan yang sihat dapat membantu penurunan berat badan anda.
Anda sangat digalakkan untuk makan ‘whole food’ dan bukan makanan diproses. Contohnya, makan ikan segar dan bukan bebola ikan.
Selain itu, pastikan anda mengurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan pengambilan protein dan sayuran.
-
Elakkan makanan diproses
Elakkan makanan yang diproses kerana ia mengandungi kalori yang tinggi.
Makan diproses bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan anda, malah ia biasanya mengandungi kandungan gula dan kanji yang tinggi.
Ini akan mengehadkan penurunan badan anda dan menyebabkan penghasilan toksin yang berbahaya.
Antara makanan diproses yang digemari ramai adalah mi segera, makanan ringan, dan biskut.
-
Bersenam dengan konsisten
Selain menjaga pemakanan, perkara utama untuk mendapatkan pinggang idaman yang ramping adalah melalui senaman.
Bersenam secara amnya pasti akan membuatkan tubuh anda lebih ‘fit’ dan sihat.
Lakukan senaman khas yang menyasarkan bahagian perut dan pinggang.
Antara senaman yang efektif untuk mengecilkan pinggang adalah Sit-Up dan Plank.
-
Kurangkan minuman berkalori
Selain menjaga kalori dalam diet pemakanan anda, anda juga perlulah peka dengan kalori dalam minuman.
Kalori dalam minuman boleh didapati dalam minuman bergas, jus yang manis dan minuman tenaga.
Untuk perut lebih langsing, elakkan kesemua minuman ini kerana kandungan gula yang tinggi di dalamnya boleh mengakibatkan pembentukan lemak dalam perut.
Sebaliknya, pilihlah minuman seperti teh hijau yang lebih sihat.
Ia dapat membantu untuk memecahkan akses lemak dalam badan anda.
-
Berbengkung
Berbengkung atau memakai korset sudah menjadi norma antara kaum wanita.
Ianya terbukti dapat merampingkan pinggang.
Selain berfungsi untuk memberikan anda bentuk badan yang cantik, ia juga berfungsi untuk membantu wanita berpantang.
Dengan memakai bengkung setiap hari, anda dapat mengempiskan perut dan merampingkan pinggang anda.
Selepas ini, anda tidak perlu lagi mengamalkan rutin diet yang sukar semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan idaman.
3 Jenis Bengkung Razowa Untuk Pinggang Anda!
Terdapat pelbagai bengkung yang anda boleh dapatkan di pasaran.
Bengkung yang popular dan terbukti selamat pada masa kini adalah Ele Girdle, Bengkung 3 Saat, dan Zuko Men’s Girdle.
-
Ele Girdle
Adakah anda ingin mengelakkan kegemukan?
Bengkung Ele Girdle adalah untuk anda!
Ini kerana bengkung ini sebaiknya dipakai sejak awal untuk mengekalkan bentuk badan anda.
Ele Girdle merupakan girdle pants yang dapat mengecilkan perut dan melangsingkan pinggang.
Ia juga mampu mengembalikan bentuk badan indaman anda.
Bukan itu sahaja, bengkung ini sesuai dipakai untuk semua peringkat usia kerana rekaanya yang selesa, mudah dipakai, dan jimat masa.
-
Bengkung 3 Saat
Seperti namanya, Bengkung 3 Saat membawa rekaan yang mudah dipakai, jimat masa serta selesa.
Ia sangat sesuai untuk para ibu yang bersalin secara normal serta Caesarean.
Selain itu, bengkung ini tidak akan mengganggu proses pemulihan luka.
Ini menjadikan Bengkung 3 Saat sebagai pilihan nombor 1 bagi ibu-ibu moden di Malaysia.
Bengkung ini hanya mengambil 3 saat untuk dipakai.
Anda hanya perlukan 3 saat sahaja untuk mengikat bengkung ini.
Ia memberi tekanan terhadap bahagian peha, perut dan pinggul yang dapat membantu menguatkan rahim dan otot.
Dalam masa yang sama, pembentukan lemak di bahagian tersebut juga dapat dikurangkan.
-
Zuko Men’s Girdle
Siapa kata lelaki tak perlukan bengkung?
Jangan risau!
Lelaki moden zaman kini juga berbengkung dan Zuko Men’s Girdle merupakan bengkung khas yang direka untuk jejaka di luar sana.
Bengkung ini dapat digunakan untuk mengecilkan saiz pinggang dan perut sebanyak 3 inci secara serta merta.
Bukan itu sahaja, Zuko Men’s Girdle juga membantu menyokong tulang belakang, mengurangkan sakit pinggang, serta membantu untuk membetulkan postur badan.
Apabila anda konsisten dengan memakai bengkung setiap hari, badan anda senang untuk dibentuk semula. Tulang belakang serta abdomen anda juga disokong.
Anda mencari bengkung yang selamat, murah, dan berkesan? Dapatkan ia hari ini dari Razowa!
Diperbuat dari bahan material yang lembut, bengkung Razowa sesuai untuk dipakai setiap hari.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Razowa, anda boleh lawati laman web kami di sini.
Jangan tunggu lagi! Dapatkan bengkung demi kecantikan badan anda sekarang!