fbpx

Rahsia Lemak Perut Hilang, Ikuti Tips Ini

lemak perut

Dalam mengejar gaya hidup yang lebih sihat, salah satu cabaran biasa yang dihadapi oleh ramai individu ialah menangani lemak perut yang berlebihan.

Adakalanya bila ia terlalu berlebihan, banyak seluar dan outfit menjadi tidak cantik untuk dipakai. Merungsingkan, bukan?

Artikel ini menyelidiki selok-belok bagaimana lemak perut terjadi, meneroka puncanya, dan strategi berkesan untuk mengurangkannya.

Bagaimana Lemak Perut Terbentuk?

lemak perut

Sumber: Mayo Clinic

Lemak perut, secara saintifik dikenali sebagai lemak visceral, dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti genetik, diet dan pilihan gaya hidup.

Mengenal pasti punca kepada lemak perut adalah penting untuk menghilangkan lemak perut berlebihan ini.

Selain itu, individu yang kerap makan dan minum berkalori lebih dari lemak yang dibakar setiap hari lebih cenderung untuk menghasilkan lemak perut.

Apa yang membuatkan lemak perut ini lebih kompleks dari lemak di bahagian badan yang lain adalah ia tidak terhad di lapisan di bawah kulit (lemak subkutan) sahaja.

Lemak perut juga melibatkan lemak visceral yang mengelilingi organ dan abdomen badan.

Tidak mengira berat keseluruhan berat badan seseorang individu, mempunyai lemak perut berlebihan boleh menyebabkan:

  • Tekanan darah tinggi
  • Lemak yang tidak sihat dalam darah
  • Sleep apnea
  • Komplikasi jantung
  • Paras gula tinggi dan diabetes
  • Menghidap kanser tertentu
  • Angin ahmar
  • Lemak di organ hati
  • Kematian disebabkan apa-apa sebab

Cara Mengira Tahap Kesihatan Lemak Perut

lemak perut

Ukur pinggang anda untuk melihat  sama ada anda mempunyai masalah dengan lemak perut anda:

  • Letakkan pita pengukur di sekeliling perut kosong anda, tepat di atas tulang pinggul anda semasa berdiri.
  • Tarik pita pengukur sehingga ia mengelilingi pinggul tetapi jangan terlalu menekan ke dalam kulit.
  • Dalam keadaan biasa, hembus nafas anda dan kemudian ambil ukuran pinggang anda. Ketika ini, jangan menarik nafas buat seketika untuk mendapatkan ukuran tepat.
  • Ukuran pinggang lebih daripada 35 inci (89 cm) pada wanita menunjukkan jumlah lemak perut yang tidak sihat dan risiko masalah yang lebih serius.

Secara umum, semakin besar ukuran pinggang, lebih besar risiko kesihatan.

Baca Juga: Selulit Teruk; Ini Punca dan Cara Instant Hapuskannya!

Tips Hilangkan Lemak Perut

lemak perut

1. Amal Diet Pemakanan Sihat

Pemakanan yang sihat dan seimbang berkait rapat dalam pembentukan lemak yang sihat di badan.

Untuk itu, digalakkan untuk memberi fokus diet yang berasaskan tumbuhan seperti sayur, buah-buahan dan bijirin penuh.

Selain itu anda juga boleh memasukkan diet seperti;

  • Sumber protein tanpa lemak seperti ikan dan produk tenusu rendah lemak
  • Mengehadkan daging diproses, dan juga lemak tepu yang dijumpai dalam daging dan produk tenusu tinggi lemak seperti keju dan butter.
  • Memasukkan sedikit sahaja makanan yang berlemak monotaktepu dan lemak tak tepu yang dijumpai dalam ikan, kekacang dan sesetengah minyak sayur.

2. Menetapkan Kuantiti Makanan yang Betul

diet pemakanan

Walaupun anda membuat pilihan yang sihat, kalori masih ada.

Di rumah, kurangkan kuanti makanan anda. Di restoran, berkongsi makanan jika makanan terlalu banyak atau makan separuh makan dan selebihnya bawa pulang.

3. Ganti Minuman Manis

Minuman manis memanglah sedap dan membuatkan kita rasa gembira setiap hari kerana kandungan gula yang memberikan tenaga dan dopamine.

Tetapi, gula berlebihan dalam minuman punca kepada lemak di perut.

Jadi, untuk seketika, gantikan minuman manis dengan air kosong.

4. Pakai Girdle

girdle pants

Pemakaian girdle boleh membantu mengurangkan lemak perut.

Girdle yang dipakai beberapa jam sehari dalam tempoh yang lama membolehkan badan mengambil bentuk girdle tersebut.

Mengikut kajian, pemakaian girdle membuatkan perut tidak boleh mengembang kerana ia menolak rapat kawasan perut.

Keadaan sebegini membuatkan anda kurang rasa untuk makan dan menghindarkan anda makan secara berlebihan.

5. Kekal Gaya Hidup Aktif

lemak perut

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia mengesyorkan aktiviti aerobik sederhana, seperti berjalan laju, sekurang-kurangnya 150 minit seminggu untuk orang dewasa.

Boleh juga melakukan aktiviti berjogging sekurang-kurangnya selama 75 minit seminggu.

Anda mungkin perlu bersenam lebih banyak jika anda ingin menurunkan berat badan atau memenuhi matlamat kecergasan tertentu.

Terdapat beberapa bukti bahawa latihan selang intensiti tinggi (HIIT) dan latihan kekuatan boleh membantu mengurangkan lemak perut.

Kesimpulannya, menghilangkan lemak perut memerlukan komitmen dan pelbagai cara untuk ia berkesan.

Untuk memastikan lemak perut hilang dan tidak akan kembali dalam masa yang singkat, disarankan untuk anda menggunakan cara menghilangkan berat badan yang perlahan.

Selain diet dan senaman, Razowa Ele Girdle  terbukti efektif dalam menyumbangkan kepada kehilangan lemak perut dan pinggul yang cantik.

lemak perut

Razowa Ele Girdle adalah girdle pants efektif untuk mengecilkan perut dan melangsingkan pinggang.

razowa

Hanya perlukan 2 saat sahaja untuk dipakai, selesa dan tidak akan membuatkan anda berasa gatal kerana materialnya yang selesa dan tak bergulung.

Hadir dengan pelbagai saiz:

  • 2XL (91-99 KG)
  • 3XL (100 KG dan ke atas)
  • XL (81-90 KG)
  • L (66-80 KG)
  • M (60-65 KG)
  • S (40-49 KG)

Pakai Ele Girdle selama 6-12 jam sehari untuk menampakkan kesan yang ketara.

razowa

razowa

Testimoni pelanggan kami adalah bukti Ele Girdle dapat membantu anda menghilangkan lemak perut anda.

Tunggu apa lagi, dapatkan Razowa Ele Girdle hari ini!

Kempiskan Lemak Perut sehingga 3 cm dengan Ele Girdle