fbpx

Ini Bukan Saja Tips Diet Hari Raya, Tapi Untuk Kesihatan Juga!

tips diet hari raya

Bulan Syawal tidak lengkap tanpa menikmati pelbagai juadah sehingga ada yang tewas untuk mengikuti tips diet hari Raya.

Sebut sahaja ketupat palas, lemang, rendang, ayam masak merah, siapa sahaja tidak mahu tambah 2-3 kali, kan?

Diet bukan sahaja untuk maintain berat badan yang ideal, malah memberi kebaikan terhadap kesihatan diri sendiri juga. 

Bila tiba Hari Raya, sudah tentu ramai akan mengadakan rumah terbuka untuk mengeratkan silaturrahim. 

Jadi, anda pasti mencari tips diet di hari Raya yang mudah dan tidak membebankan.Teruskan membaca artikel ini. 

5 Tips Diet Di Hari Raya

hari raya

Semasa musim perayaan, ramai cenderung untuk memakan makanan yang mengandungi lemak, gula, dan kalori yang tinggi.

Berikut adalah tips diet Hari Raya yang boleh membantu anda menjaga berat badan disamping seronok menjamu selera.

  • Alas perut dengan makanan sihat di pagi Raya

Anda disarankan mengambil beberapa biji kurma sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya.

Sebagai sarapan ringan, ambil makanan seperti roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan buah-buahan.

Ini adalah untuk mengisi perut sebelum menikmati menu berat seperti rendang, ketupat, dan lemang.

  • Makan dalam kuantiti sederhana

makan sederhana

Pelbagai jenis makanan akan dihidangkan semasa Hari Raya seperti rendang, ketupat, lemang dan kuih raya beraneka rasa. 

Demi menghargai makanan yang disediakan oleh tuan rumah, tidak bermaksud anda perlu makan dalam kuantiti yang banyak.

Ambil sedikit masa untuk melihat semua makanan yang terhidang sebelum memilih makanan yang anda inginkan. 

Dengan cara ini, anda boleh menjamah semua menu tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

Secara tidak langsung, anda dapat mengawal jumlah makanan dan tidak mengikut nafsu semata-mata.

Pastikan juga anda mempunyai “gap” antara satu rumah ke satu rumah dalam memenuhi jemputan tuan rumah.

  • Pengambilan air kosong secukupnya

Sudah tentu minuman berkarbonat dan minuman yang manis menjadi minuman utama yang dihidangkan di setiap kediaman.

Pengambilan air kosong yang cukup amat baik untuk melancarkan sistem penghadaman dan metabolisme badan.

Air manis antara perkara yang paling sukar untuk ditinggalkan bagi mereka yang berdiet dan ingin menurunkan berat badan.

Anda mesti tertanya-tanya apakah aturan waktu mengamalkan minum air kosong yang berkesan untuk menurunkan berat. 

Berikut merupakan amalan minum air kosong yang baik semasa yang anda boleh praktikkan semasa Hari Raya.

  1. Selepas bangun tidur
  2. Sejam sebelum sarapan
  3. Selepas minum teh atau kopi
  4. 30 minit sebelum makan
  5. Ketika rasa lapar

Ingatan mesra, jika anda menjadi tuan rumah seeloknya sediakan juga air kosong untuk para tetamu yang datang.

Jika anda menjadi tetamu pula, bawalah botol berisi air kosong di dalam kereta atau minta dengan sopan pada tuan rumah.

  • Peraturan makan 20 minit 

makan 20 minit rules

Peraturan makan 20 minit bermaksud berhenti makan selepas 20 minit kerana otak mengambil masa dalam anggaran 20 minit untuk memberitahu anda sudah kenyang.

Mengunyah makanan dengan cepat menyebabkan anda makan lebih banyak daripada yang sepatutnya diperlukan oleh badan. 

Jika anda mengunyah makanan dengan laju dan makan sehingga terlampau kekenyangan, ia tidak berkesan untuk penurunan berat badan. 

Kita memang digalakkan untuk berhenti makan sebelum kenyang atau makan jangan sehingga kenyang.

Oleh itu, sentiasa makan berpada-pada dan perlahan-lahan agar tidak makan secara berlebihan.

  • Senaman ringan selepas makan 

Setelah perut terasa kenyang, mata pula mula rasa mengantuk. 

Jangan terus baring atau tidur sejurus selepas makan. 

Perbuatan ini boleh mengganggu sistem penghadaman dan menyebabkan perut buncit tidak kira berbadan kurus atau gemuk.

Anda boleh melakukan aktiviti senaman ringan seperti berikut:

  • Berjalan sekurang-kuranya 10 minit dalam tempoh 1 jam selepas makan
  • Mengemas bahagian meja makan
  • Membasuh pinggan mangkuk selepas makan

Antara kelebihan senaman ringan selepas makan ialah:

  • Melancarkan penghadaman
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Membakar kalori

Raya merupakan hari meraikan kemenangan selepas berpuasa selama sebulan. 

Dengan hidangan makanan yang pelbagai jenis, jangan lupa untuk kawal nasfu makan anda.

Bukan sahaja diet untuk kekal slim, tetapi kekal sihat berpanjangan.

Selain diet, anda boleh cuba pakai Saunami Firming Cream dari Razowa. 

saunami

Saunami Firming Cream merupakan krim panas yang membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan idaman. 

Berikut merupakan kelebihan Saunami Firming Cream:

  • Membakar lemak berlebihan
  • Membentuk badan
  • Menganjalkan kulit dan memudarkan selulit
  • Bauan lembut dan harum
  • Mudah meresap dan tidak melekit
  • Tanpa alkohol dan paraben

Setelah anda menjamu pelbagai hidangan istimewa di Hari Raya, jangan lupa untuk sapukan pula krim ini. 

Usaha memiliki badan yang ideal sebenarnya dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang ada.

Disamping mengamalkan diet, anda boleh menggunakan krim pelansing badan yang selamat seperti Saunami Firming Cream.

Menikmati pelbagai juadah ketika Hari Raya bukan tiket untuk membiarkan lemak di badan naik mendadak.

Oleh itu, pastikan anda sapu Saunami Firming Cream di sekitar perut, pinggang dan pinggul untuk bakar lemak berlebihan. 

And boleh klik link di bawah atau WhatsApp kami.

Dapatkan Saunami Firming Cream Hanya di Razowa