Bagi ibu bersalin, terdapat pelbagai barang yang anda perlu membeli untuk bantu memudahkan tempoh pantang anda seperti bengkung bersalin.
Namun begitu, masih ramai ibu yang tidak tahu tentang kepentingan serta kelebihan memakai bengkung apabila mereka sedang dalam pantang.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang apa itu bengkung, jenis-jenis serta faedah memakai bengkung selepas bersalin yang anda perlu tahu sebelum membelinya.
Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut, terutamanya bagi ibu bersalin!
Apakah itu Bengkung?
Bengkung merupakan sehelai kain yang panjang yang dililitkan di bahagian abdomen ibu yang berpantang bagi membantu mereka merampingkan semula badan mereka.
Selain daripada merampingkan dan mengembalikan bentuk badan yang asal, memakai bengkung juga penting untuk kesihatan dan pemulihan tubuh badan ibu bersalin.
Menurut tradisi amalan berpantang dalam masyarakat melayu, bengkung perlu dipakai oleh ibu bersalin pada hari kelima pantang mereka.
Pada hari kelima memakai bengkung, ibu bersalin juga perlu memakai tapel basah. Tapel ini merupakan campuran halia bara, air asam jawa, jeragau dan jadam yang dimasak.
Bengkung boleh didapati dalam pelbagai jenis ikatan, material dan saiz. Memilih bengkung yang sesuai dengan anda sangat penting supaya proses pemulihan dapat dipercepatkan.
Jenis-jenis Bengkung
Terdapat pelbagai jenis bengkung yang biasa dipakai oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Antaranya adalah seperti bengkung tali zigzag, bengkung moden, lilit jawa dan bengkung barut.
1. Bengkung tali zig-zag
Bengkung ini merupakan kain yang lebar yang dililit di bahagian badan dan diikat dengan satu atau dua tali secara zig-zag atau berselang-seli.
Bengkung jenis ini boleh dipakai dan dibuka dengan mudah. Anda hanya perlu melonggarkan ikatan selang-seli yang telah dibuat di bahagian hadapan bengkung tersebut.
Bengkung ini mempunyai dua jenis iaitu bengkung zig-zag dua tali dan bengkung zig-zag satu tali. Ibu bersalin yang mempunyai badan yang lebih kecil sesuai memakai bengkung satu tali.
2. Bengkung moden
Bengkung moden merupakan bengkung jenis baru yang menggabungkan ciri-ciri korset barat dengan bengkung tradisional.
Bengkung ini boleh dijumpai dalam bentuk zip, velcro, cangkuk, dan ada juga yang dalam bentuk tiub di mana anda tidak perlu melilitkannya.
Bengkung ini sangat mudah untuk dipakai dan dibuka dan sesuai bagi ibu bersalin secara ceaser kerana ia sangat praktikal serta selesa untuk dipakai.
3. Bengkung lilit jawa
Bengkung lilit jawa merupakan bengkung jenis tradisional yang biasa dipakai ibu bersalin zaman dahulu dan menggunakan kain sepanjang 15 meter untuk dililit di bahagian abdomen anda.
Memakai dan melilit bengkung ini memerlukan kemahiran tetapi sangat efisien dalam mengembalikan dan merampingkan bentuk badan dengan lebih cepat berbanding dengan bengkung lain.
Bengkung ini juga lebih kemas dan ketat apabila dipakai. Namun begitu, ia lebih sukar untuk dipakai dan dibuka semula.
4. Bengkung barut
Bengkung jenis barut merupakan bengkung yang sama dipakai oleh bayi yang baru sahaja lahir tetapi ia dalam saiz yang lebih besar untuk ibu bersalin.
Bengkung ini mempunyai banyak tali di bahagian kiri dan kanan yang akan digunakan untuk melilit bengkung tersebut.
Tali ini diikat ketat-ketat dan boleh dipakai sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain. Namun, ia susah sedikit untuk dibuka kerana terdapat terlalu banyak tali yang perlu dibuka.
Faedah-faedah Memakai Bengkung Selepas Bersalin
Di dalam bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa faedah memakai bengkung selepas bersalin.
1. Merampingkan bentuk badan
Memakai bengkung dapat merampingkan semula bentuk badan ibu bersalin. Selepas melahirkan anak, perut seorang ibu tidak akan mengempis dengan segera.
Mengandungkan bayi akan menyebabkan perut seseorang wanita untuk mengembang dan mengakibatkan mereka hilang bentuk badan mereka sebelum mengandung.
Pemakaian bengkung dapat mengelakkan perut daripada menggeleber serta memecahkan lemak bagi mengempiskan perut anda.
Mengamalkan pemakaian bengkung secara konsisten serta pengambilan diet yang sihat dan berkhasiat dapat merampingkan dan mengembalikan bentuk badan anda.
2. Mengurangkan sakit belakang dan membetulkan postur
Pemakaian bengkung juga dapat bantu mengurangkan sakit belakang dan membetulkan postur anda yang berubah disebabkan oleh mengandung.
Memakai bengkung dapat menyokong tulang belakang anda dan membetulkan postur badan supaya dapat mengelakkan masalah tulang dan sakit belakang yang kronik.
Postur yang betul sangat penting terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusu. Memakai bengkung dapat memastikan mereka dalam keadaan tegak dan tidak membongkok ketika menyusu.
Ia juga dapat melaraskan semula otot-otot dan organ yang telah berubah posisi semasa mengandung supaya dapat berfungsi dengan normal semula.
3. Mengurangkan masalah perut kembung
Selepas bersalin, ibu-ibu yang berpantang biasa menghadapi masalah perut kembung. Memakai bengkung dapat melancarkan pengaliran angin supaya angin dapat dibuang dari badan.
Masalah angin ini berpunca daripada organ-organ yang telah mengembang akibat mengandung. Dengan memakai bengkung, ia dapat mengecutkan organ-organ tersebut.
Memakai bengkung juga dapat mengelakkan daripada angin untuk masuk ke dalam perut dan menyebabkan masalah perut kembung ini.
4. Mengecutkan kulit yang longgar
Ketika mengandungkan bayi, perut seorang ibu akan mengembang dan ini akan menyebabkan kulit di bahagian perut mereka juga menjadi longgar.
Memakai bengkung dapat mengecutkan semula kulit yang telah longgar dan mengurangkan perut menggeleber. Bengkung juga dapat memudarkan parut regangan di bahagian perut anda.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis dan kebaikan memakai bengkung ketika tempoh berpantang bagi ibu bersalin yang perlu diketahui.
Jika anda sedang mencari bengkung untuk membantu anda semasa berpantang, bengkung 3 saat dari razowa merupakan pilihan terbaik untuk anda!
Hanya 3 saat diperlukan untuk memakai dan mengemaskan kedudukan bengkung!
Selain daripada menjimatkan masa, ia direka untuk memudahkan pergerakan terutamanya untuk ke tandas.
Selain itu, bengkung ini bukan sahaja sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal malah untuk yang bersalin caesarean (pembedahan) juga.
Ikatannya kejap tetapi tidak menekan bahagian pembedahan jika anda bersalin caesarean.
Material yang digunakan berkualiti tinggi, lembut, menyerap peluh dan tidak panas.
Pastinya keselesaan anda terjamin dengan bengkung 3 saat razowa.
Bagi ibu-ibu yang risau mengenai saiz yang tepat untuk tubuh badan anda, usah bimbang kerana produk ini sesuai untuk semua saiz badan.
Terdapat tiga variasi saiz iaitu free size, plus size dan extra size.
Free size sesuai untuk ibu bersaiz s-l, plus size pula untuk yang berbadan xl-xxl dan extra size bagi yang memakai 3xl-4xl.
Dapatkan Bengkung 3 Saat Razowa Di Sini!