fbpx

Firming Cream: Nak Zzup Zzup Kurus?

firming cream

Dianggarkan 3.5 juta penduduk di Malaysia disahkan mengalami obesiti dan ini berkait rapat dengan faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Obesiti adalah faktor risiko utama bagi beberapa penyakit kronik termasuklah kencing manis, penyakit kardiovaskular dan kanser.

Ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang dan ada kalanya boleh membawa maut.

 

Elakkan Crash Diet!

Zaman sekarang ini, ramai orang yang mahu turunkan berat badan dengan cepat. Ada yang cuba lakukan diet, bersenam, dan bermacam lagi. 

Tahukah anda, diet ada banyak jenis iaitu Diet Ketogenic, Diet Atkins, Intermittent Fasting (IF), Crash Diet, dan banyak lagi.

Apa itu crash diet

Ia merupakan diet yang dilakukan secara mendadak dengan mengambil kalori kurang dari 1000 kcal atau kurang daripada 50% daripada keperluan harian. 

Kebiasaannya, mereka yang nak cuba crash diet ini akan makan sehari sekali sahaja!

Secara umumnya, jika anda makan lebih daripada keperluan seharian, berat anda akan naik. 

Jika anda ambil kurang daripada keperluan seharian, berat akan turun. 

Walaupun anda mungkin dapat melihat hasil penurunan berat badan, tetapi amalan crash diet ini adalah tidak sihat. 

Penurunan berat badan yang dialami hanyalah untuk jangka masa yang singkat sahaja. Tetapi, apa yang lebih membimbangkan mengenai crash diet adalah seperti berikut:

  • Merendahkan metabolisme badan.
  • Anda lebih mudah dan kerap berasa lapar. 
  • Tubuh badan akan mengalami kekurangan nutrien yang penting.
  • Anda akan kehilangan muscle mass.
  • Boleh menyebabkan keguguran rambut.

 

Tips Kurus Dengan Sihat

firming cream

Bentuk badan seseorang bukanlah satu isu yang besar, perkara paling utama adalah kesihatan anda. 

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat dan mencapai berat badan yang ideal.

Penjagaan untuk mengurangkan berat badan adalah dengan perlu mengubah gaya hidup yang sihat 

Berikut adalah cara nak kurus secara semula jadi yang boleh diamalkan:

  • Makan Buah Setiap Hari

Gantikan snacking anda yang tidak sihat seperti snek kepada buah. Buah adalah salah satu tips untuk mengurangkan berat badan yang cukup efektif.

Walaupun buah manis tapi ia tidak mempunyai lemak malah kaya dengan vitamin.

Dengan makan buah ia akan bantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan kerana anda akan lebih kenyang.

Buah juga tinggi dengan serat yang baik dan mempunyai tinggi karbohidrat untuk badan, yang mana baik untuk proses pencernaan.

  • Makan Ikut Waktu

Ramai ingat melangkau waktu makan adalah pilihan yang baik, namun, ia akan mengurangkan metabolisme badan.

Selain itu, ia juga akan menyebabkan anda cenderung untuk makan dengan lebih banyak selepas itu.

Oleh itu, anda digalakkan untuk makan mengikut waktu dan mengawal saiz hidangan makanan dengan mengurangkan pengambilan kalori secara berlebihan. 

  • Tidur Yang Cukup

tips kurus

Untuk dapatkan berat badan yang ideal, anda perlu tidur yang secukupnya.

Rehat yang mencukupi amat membantu untuk mengurangkan keletihan dan tekanan.

 

  • Bersarapan

sarapan

Sarapan adalah penting bagi memulakan harian anda. Tubuh anda akan lebih bersemangat dan ia akan mempengaruhi mood anda.

Gabungan protein dan karbohidrat yang berserat tinggi adalah makanan yang terbaik yang boleh diambil ketika sarapan.

Dengan ini, anda tidak lagi cepat berasa lapar ketika membuat kerja sama ada di rumah atau pejabat.

  • Kurangkan Stress

kurangkan stress

Pastikan anda mempunyai masa untuk lakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, sekurang-kurangnya seminggu tiga kali.

Melakukan senaman dapat release-kan tekanan yang kita hadapi sepanjang minggu bekerja.

ini berkemungkinan kerana kita tidak tertumpu pada sesuatu tempat untuk jangka masa yang lama dan bebas bergerak.

Selain itu, anda juga boleh melakukan hobi kegemaran seperti bercuti, mendengar muzik sambil mengemas rumah, membaca buku, dan menonton filem.

 

  • Makan Dengan Perlahan

Salah satu kesalahan orang ramai sering lakukan adalah makan sesuatu makanan dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Habit ini adalah tidak sihat kerana ini boleh menyebabkan sistem penghadaman rosak.

Selain itu, ini juga amat membantu buat anda yang ingin mengawal portion pemakanan.

 

  • Minum Teh Hijau

minum teh hijau

Teh hijau sarat dengan antioksidan yang dipanggil catechin.

Ia berfungsi untuk menyahtoksin badan dengan menyingkirkan radikal bebas untuk mengurangkan keradangan.

  • Elakkan Makan Malam

Selewat lewatnya pukul 8 malam adalah waktu terakhir untuk makan malam.

Ini kerana badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk mencerna makanan.

Jika anda masih lapar selepas itu, makanlah snek yang sihat seperti buah-buahan atau minum air sahaja.

 

  •  Banyakkan Minum Air

minum air

Meminum air kosong adalah amat penting bagi memastikan tubuh badan kita menghasilkan kelembapan yang optimum.

Selain itu, dengan meminum jumlah air yang betul, ia membantu untuk membuang toksin yang berbahaya melalui membuang air kecil.

Buat anda yang baru berjinak ingin menjaga tubuh badan, anda amat digalakkan untuk meminum air kosong dan kurangkan minuman manis.

  • Gunakan Krim Bakar Lemak

firming cream

Yang terakhir sekali, anda juga boleh gunakan produk Saunami Firming Cream bagi mendapatkan manfaat pada tubuh badan anda.

Dengan Saunami Firming Cream ini, ia membantu untuk: 

  • Membakar lemak di badan 
  • Mengembalikan bentuk badan yang cantik
  • Mengurangkan selulit pada anggota badan tertentu

Yang bagusnya produk ini ialah ia bebas daripada bahan-bahan terlarang seperti alkohol dan paraben.

Baca Juga: 10 Tips Kurus Untuk Anda Ikut

Kesimpulannya, penurunan berat badan memerlukan kesabaran. 

Amalkan pemakanan secara sihat dan seimbang secara konsisten bagi mengelakkan impak yang negatif kepada kesihatan. 

Penurunan berat yang disarankan adalah sebanyak 0.5-1.0kg seminggu. Penurunan berat secara mendadak bukan sahaja tidak akan kekal lama, malah, ia akan membahayakan kesihatan anda.

Jangan terburu-buru dalam proses mengurangkan berat badan. Biar lambat asalkan berat turun.

Yang paling penting, anda kena consistent dan bersemangat dalam menurunkan berat badan.

Kepada anda yang sedang mencari produk untuk mengecilkan bahagian badan dan ikhtiar untuk kurus boleh layari laman web Razowa.

Selain daripada krim Saunami Firming Cream, terdapat bengkung dan girdle untuk wanita dan lelaki serta barangan kecantikan yang lain juga. Harga pun sangat berpatutan!

Semua produk dari Razowa adalah terdiri daripada bahan semulajadi, mempunyai kelulusan KKM dan semestinya buatan Malaysia.

DAPATKAN PRODUK SAUNAMI FIRMING CREAM DARI RAZOWA!