fbpx

6 Cara Kempiskan Perut Tanpa Exercise

cara kempiskan perut

“Stresnya! Nak zip seluar pun dah tak lepas! Tak ada cara kempiskan perut yang tak perlu exercise ke?”

Siapa kata tak ada; mestilah ada!

Jom, kami  kongsikan anda cara kempiskan perut yang mudah!

6 Cara Kempiskan Perut

1. Elak stres!

cara kempiskan perut

Bila anda sentiasa dalam keadaan yang tertekan atau stress, ini akan menjadi sesuatu perkara yang tidak sihat untuk perut anda.

Stres akan mencetuskan pembebasan hormon yang dipanggil kortisol.

Hormon kortisol, lazimnya, sering dikaitkan dengan amaran yang ia berikan kepada badan tentang bahaya luaran dan tahap glukosa darah rendah.

Ia akan memaksa badan anda untuk menyimpan lemak dan membuatkan anda berasa lapar.

Oleh itu, lakukan cara ini. Anda boleh cuba beberapa perkara mudah seperti menarik nafas yang panjang.

Selain itu, anda boleh cuba bermeditasi selama beberapa minit setiap hari.

2. Minum air sebelum makan

cara kempiskan perut

Satu kajian telah dijalankan selama 3 bulan terhadap 84 orang dewasa yang mempunyai masalah berat berlebihan. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Dari kajian tersebut, pengambilan air sebelum makan adalah strategi penurunan berat badan yang berkesan.

Ini kerana, air membantu perut terasa kenyang.

Apabila anda kurang berasa lapar, anda akan akan lebih cenderung untuk membuat pilihan makanan yang lebih bijak.

Anda akan lebih berhati-hati dalam portion makanan anda dan seterusnya membantu mengempiskan perut anda.

3. Say no to Fruktosa

Gula adalah sejenis penambah rasa yang boleh membawa kesan negatif terhadap saiz perut anda.

Pengambilan fruktosa dalam jangka masa panjang boleh membuatkan berat badan anda naik, terutamanya di bahagian perut.

Ini akan membuatkan anda lebih cepat buncit!

Jadi, jauhkan diri dari segala jenis gula, terutama dalam minuman anda.

4. Sarapan berserat dan protein tinggi

sarapan berkhasiat

Dalam apa pun cara anda untuk kempiskan perut, jangan lupa titik permulaan yang berkesan bermula dari sarapan.

Pengambilan makanan berserat dan berprotein tinggi ketika sarapan boleh mencetuskan otak golongan wanita untuk melepaskan dopamin.

Dopamin ini adalah sejenis bahan kimia dari badan yang boleh menghasilkan rasa gembira seterusnya membantu mengawal desakan untuk makan secara berlebihan pada waktu lain.

5. Amal coklat hitam

Kajian dari Louisiana State University mendapati bahawa mikroba usus di dalam perut kita memfermentasi coklat menjadi sebatian anti-radang.

Sebatian anti radang ini bagus untuk jantung dengan mematikan gen-gen yang berkaitan dengan ketahanan insulin dan keradangan.

Jika dibandingkan dengan buah beri, coklat hitam lebih berkesan dalam pengurangan radang dan berat badan.

6. Makan telur

Kuning telur mempunyai nutrien kolin, di mana ia adalah satu nutrien bersifat pembakar lemak yang kuat dan boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Baca Juga

Dapatkan Bentuk badan Ideal Dengan Bengkung Razowa

Tips Kekal Motivated

1.  Cari Motivater

Sesiapa sahaja yang anda rasakan boleh menjadi motivator utama anda, dampingilah mereka.

Contohnya, jika rakan terdekat tidak menyokong dan tidak memberi motivasi, gunakan media sosial anda sebagai bahan motivasi.

Ada sahaja coach diet yang sering mengepost motivasi dan semangat di sosial media, hanya tinggal pilih sahaja yang mana sesuai.

2. Sayangi diri sendiri

Sebelum anda memulakan journey anda, sayangi diri anda.

Walau bagaimana bentuk badan anda sekalipun, sama ada semasa anda buncit atau sudah kempis perut, kedua-dua itu juga adalah diri anda.

Jadikan juga ini sebagai untuk menjaga kesihatan, bukan semata-mata untuk impress atau puaskan hati orang sekeliling.

3. Self-reward

cara kempiskan perut

Sememangnya susah untuk mengekalkan perut sentiasa kempis, lebih-lebih jika berat badan anda jenis yang senang naik.

Oleh sebab itu, anda perlu berterusan set goal anda setiap hari dan beri reward setiap kali anda capai target.

Tapi, jika reward berkaitan dengan makanan, makanlah berpada-pada. Takut-takut ia akan mengganggu diet anda.

4. Berfikiran positif

Orang yang mempunyai harapan yang positif dan lebih yakin dalam kemampuan untuk mencapai target lebih mudah kempiskan perut.

Jadi, anda boleh mula bercakap perkara-perkara positif yang boleh membakar semangat anda untuk lebih senang capai target.

Sebagai contoh, anda boleh amalkan cara berfikir “mentally contrast”, di mana anda membayangkan anda menghampiri target dan selepas itu, anda membayangkan semua halangan yang mungkin belum anda mencapainya.

Ini akan membolehkan anda mencapai balance dalam perjalanan untuk mencapai target anda.

Kesimpulannya, ada banyak cara untuk anda kempiskan perut. Hanya tinggal untuk anda pilih saja.

tidak mudah untuk kekal rasa bermotivasi, nak pula jika anda sedang menghadapi pelbagai kekangan dalam hidup.

Setiap orang mempunyai faktor yang menjadi motivasi yang berbeza, jadi penting untuk anda mengetahui perkara yang membantu memotivasikan anda.

Selain anda fokus dari segi pemakanan dan gaya hidup, anda juga boleh menggunakan bengkung 3 saat dari Razowa!

cara kempiskan perut

Ia bukan sahaja bagus untuk mengempiskan perut, tetapi juga untuk menyokong baik tulang belakang.

Selain itu, material yang digunakan sangat menyerap peluh dan tidak panas.

Tunggu apa lagi, jom beli bengkung 3 saat dari Razowa sekarang.

 

Kempiskan Perut dengan Bengkung 3 Saat Razowa