Perut buncit berlaku apabila lemak terkumpul di bahagian perut dan terdapat pelbagai cara untuk hilangkan perut buncit.
Perut buncit dan obesiti adalah musuh utama di kalangan masyarakat malaysia.
Perut buncit juga boleh membahayakan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, dan risiko penyakit jantung.
Perut buncit disebabkan banyak faktor seperti cara pemakanan yang tidak seimbang, kurang aktiviti fizikal, stress, dan kerap tidur selepas makan.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang faktor bagaimana berlakunya perut buncit dan beberapa cara bagaimana untuk hilangkan perut buncit.
Kenapa Perut Buncit Bahaya?
Perut buncit boleh menjadikan masalah kesihatan lebih teruk terutamanya sakit jantung dan kencing manis.
Sebelum itu, anda perlu mengetahui bahawa terdapat 2 jenis lemak yang membentuk lemak perut, iaitu lemak viseral dan lemak subkutan.
Lemak viseral adalah lemak yang terdapat di organ tubuh, manakala lemak subkutan adalah lemak yang berada di bawah permukaan kulit.
Antara kedua-dua jenis lemak ini, lemak viseral lebih bahaya berbanding lemak subkutan.
Dengan adanya lemak-lemak ini yang menjadi punca perut buncit, ia akan menimbulkan beberapa kesihatan kronik.
Komplikasi kesihatan yang terjadi yang berkait rapat dengan perut buncit adalah serangan jantung, strok, tekanan darah tinggi dan Diabetes jenis 2.
Selain itu, komplikasi yang terjadi juga boleh mempengaruhi saluran pernafasan, di mana ia membuatkan anda susah bernafas dan berkemungkinan akan menghidapi Asma.
Faktor Penyebab Perut Buncit
Pada masa kini, ramai mengalami perut buncit sehinggakan menjadi normalisasi dalam masyarakat, terutamanya lelaki dewasa.
Jadi, apakah faktor yang menyebabkan perut buncit ni?
Beberapa faktor yang dapat menyebabkan perut buncit antaranya:
- Pemakanan yang tidak sihat
- Kurang bersenam
- Stres atau kurang tidur
- Hormon tidak stabil
Cara Hilangkan Perut Buncit
Berikut adalah beberapa cara menghilangkan perut buncit antaranya:
1. Bersenam
Bersenam dapat membakar kalori sekaligus membantu menurunkan berat badan.
Terdapat pelbagai jenis senaman yang dapat membantu menghilangkan lemak di sekitar perut seperti senaman kardiovaskular, kagel, jogging, atau berenang.
Untuk menghilangkan perut buncit, lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk membantu proses pembakaran lemak kalori yang terkumpul.
Senaman kardio dan angkat berat juga membantu membakar lemak dan membentuk otot perut.
2. Pakai bengkung
Cara lain untuk menghilangkan perut buncit adalah dengan memakai bengkung.
Fungsi utama bengkung adalah membantu pembentukan badan ideal, lebih-lebih lagi di bahagian pinggang dan perut.
Dengan memakai bengkung, ia akan mendakap sekeliling pinggang dan perut, yang seterusnya membantu proses pengempisan perut.
Untuk yang berminat memakai bengkung, Razowa boleh dipakai untuk sesiapa yang mahu mengempiskan perut.
Bukan sahaja untuk ibu berpantang, semua golongan boleh dapatkan bengkung Razowa di sini.
3. Makan Makanan Yang Seimbang
Diet yang seimbang merupakan kunci utama untuk menghilangkan perut buncit.
Pemakanan seimbang dapat membantu menurunkan berat badan dan menghilangkan lemak di sekitar perut.
Makanan yang rendah kalori seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein dan karbohidrat dapat mengelakkan dari obesiti.
Hindari makanan yang tinggi lemak, gula dan kalori yang tinggi. Amalan ini akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak yang terkumpul.
4. Kurangkan pengambilan gula
Gula adalah musuh utama dalam memperoleh bentuk badan yang ideal.
Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan dan perut buncit. Anda boleh menukar gula dengan pengganti seperti madu atau stevia.
Pengambilan gula berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.
Oleh itu, mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian dapat membantu mengurangkan perut buncit dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
5. Tidur yang cukup
Jika anda sering tidur lambat atau kurang tidur juga dapat meningkatkan kadar hormon kortisol yang mempengaruhi keseimbangan hormon dan merosakkan kesihatan badan.
Oleh itu, pastikan anda tidur cukup setiap malam. Anda juga boleh mencuba teknik pernafasan seperti yoga bagi membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kualiti tidur.
6. Minum air yang cukup dapat hilangkan perut buncit
Sebaiknya elakkan minuman yang mengandungi gula yang tinggi dan gantikan dengan air kosong yang banyak.
Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bagi membantu mengelakkan perut buncit.
7. Makan Suplemen tambahan
Terdapat banyak produk di pasaran yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan dan mengurangkan nafsu makan.
Anda boleh cari produk yang berasaskan protein supaya kekal kenyang dan tidak berasa lapar.
Selain itu, cari suplemen seperti detox atau fiber yang membantu untuk berasa kenyang dan mengurangkan nafsu makan.
8. Kurangkan pengambilan makanan proses
Makanan yang diproses seperti makanan segera dan makanan dalam tin mengandungi bahan kimia yang boleh meningkatkan risiko kumpulan lemak di dalam badan.
Oleh itu, mengurangkan pengambilan makanan proses dan menggantikannya dengan makanan segar dan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah salah satu langkah penting untuk mengurangkan perut buncit.
Kesimpulannya, menghilangkan perut buncit atau mengurangkan berat badan memang mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta konsisten melakukannya.
Sebaiknya lakukan senaman dan diet yang sihat secara konsisten bagi mendapatkan result yang cepat.
Nak hasil hilangkan perut buncit dengan lebih berkesan, anda boleh dapatkan bengkung di Razowa dengan menekan pautan biru di bawah ini sekarang atau WhatsApp kami!