Bengkung merupakan benda yang tidak asing lagi dalam kaum wanita yang kebiasaannya digunakan selepas melahirkan anak.
Ia merupakan antara amalan tradisi orang Melayu untuk memakainya bagi mendapatkan kembali bentuk badan asal ketika proses berpantang.
Ada juga yang memakai untuk kekal ramping dan mengempiskan badan.
Tetapi, tahukah anda apa itu bengkung?
Apakah Itu Bengkung?
Bengkung merupakan kain yang dililit kemas dari bahagian perut hingga ke pinggul.
Kini dengan rekaan moden, terdapat bengkung bercangkuk yang menjadikannya lebih mudah dan cepat ditanggalkan.
Namun begitu, ada juga bengkung yang masih dililit dengan menggunakan tali kain.
5 Kelebihan Memakai Bengkung
Bukan sahaja bengkung dapat mencantikkan bentuk badan, malah ada juga beberapa kelebihan lain yang mungkin ramai tak tahu.
Antaranya adalah:
-
Menguatkan tulang belakang
Untuk wanita hamil, pasti mereka berasa perubahan pada postur badan.
Bengkung boleh menyokong tulang belakang dan memperbetulkan postur badan anda.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah yang disebabkan regangan semasa mengandung.
Anda akan dapat bergerak dengan lebih mudah dan sakit tulang belakang juga dapat dihilangkan.
-
Membetulkan postur
Pemakaian korset membantu untuk mengurangkan rasa sakit pada tubuh badan.
Selain itu, ia juga menggalakkan individu yang memakai korset untuk mengurangkan tension pada leher dan bahu.
Dengan ini, tubuh badan anda tidak slouching dan ia akan menampakkan anda lebih berkeyakinan.
-
Mengempiskan perut
Selain daripada berfungsi untuk membantu wanita berpantang, ianya juga dapat membantu memecahkan lemak.
Apabila anda konsisten mengenakannya setiap hari, anda boleh mengempiskan perut dan mengembalikan bentuk badan dengan segera.
Anda akan dapat melihat perubahan sekurang-kurangnya dalam 4 hingga 6 minggu.
Tambahan lagi, anda boleh juga sapukan gel atau krim pelangsingan badan seperti Saunami Firming Cream sebelum memakai bengkung untuk lebih mempercepatkan hasilnya.
-
Mempercepatkan pengeluaran darah kotor/darah nifas
Selepas melahirkan bayi, wanita akan mengeluarkan darah nifas. Tempoh masa pengeluaran darah nifas pula adalah berbeza bagi setiap wanita.
Kadangkala, pengeluaran darah nifas tisu yang berketul akan membuatkan wanita sakit di bahagian vagina dan abdomen.
Ini akan membuatkan mereka berasa tidak selesa.
Pemakaian yang sempurna dan diikat padat pada bahagian bawah abdomen akan memberikan keselesaan semasa pengeluaran darah berketul.
Selain itu, pengeluaran darah juga akan menjadi lebih cepat dan lancar.
-
Mengelakkan masalah peranakan turun
Rahim atau peranakan merupakan tempat pembesaran janin di dalam pelvis yang disokong oleh ligamen dan otot jaringan.
Proses bersalin boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah.
Ini boleh membuatkan peranakan jatuh.
Oleh itu, anda disarankan untuk memakai bengkung agar dapat membantu menguatkan kembali otot rahim dan mengelakkan masalah ‘turun’ peranakan yang lemah.
Cara Memilih Bengkung Yang Sesuai
-
Selesa
Pastikan bengkung yang dipilih adalah diperbuat daripada material yang selesa. Lebih baik lagi apabila dapat menyerap peluh.
Pilihlah juga yang tidak menyebabkan kegatalan dan kemelecetan pada kulit. Selain itu, anda tidak seharusnya memakai bengkung selama 24 jam sehari.
-
Saiz yang betul
Semua wanita mempunyai saiz dan bentuk badan yang berbeza. Jadi, pemilihan yang sesuai bukanlah benda yang senang.
Ini kerana jika terlalu ketat akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan sukar untuk bernafas.
Jadi, untuk memilih yang sesuai, anda perlu mengukur lilit perut. Jika saiz badan sudah surut, anda disarankan untuk membeli yang sedikit kecil saiznya.
-
Jenama yang berkualiti
Untuk mendapatkan kesan hasil yang terbaik, anda haruslah memilih yang berkualiti tinggi.
Kualiti dan keberkesanan setiap bengkung terutamanya bengkung moden amat penting untuk pengguna.
Lebih elok lagi, belilah jenama yang diyakini ramai dan mempunyai testimoni yang bagus.
Jenis-Jenis Bengkung Di Razowa
1. Ele girdle
Ele Girdle merupakan girdle pants yang digunakan untuk mengecilkan perut dan melangsingkan pinggang.
Ia mampu untuk mengembalikan bentuk badan idaman anda. Rekaannya selesa, mudah dipakai, jimat masa dan sesuai untuk semua peringkat usia umur.
Girdle ini sebaiknya dipakai sejak awal kerana ia membantu untuk mengelakkan kegemukan.
2. Zuko men’s girdle
Zuko Men’s Girdle ialah girdle pants khusus untuk lelaki yang digunakan untuk mengecilkan perut dan saiz pinggang.
Ia dapat mengecilkan saiz perut sebanyak 3 inci serta merta.
Girdle ini juga membantu menyokong tulang belakang, mengurangkan sakit pinggang dan membantu untuk membetulkan postur badan.
3. Bengkung 3 saat
Dengan membawa rekaan yang mudah dipakai, jimat masa dan selesa, bengkung 3 saat ini merupakan pilihan nombor 1 bagi ibu-ibu moden di Malaysia.
Sesuai untuk mereka yang bersalin secara normal mahupun Caesarean, bengkung ini tidak akan mengganggu proses pemulihan luka.
Dengan ikatan 3 saat sahaja, tekanan yang diberikan pada bahagian peha, perut dan dan pinggul dapat membantu menguatkan rahim dan otot.
Dalam masa yang sama, ruang pengumpulan lemak juga dapat dikurangkan.