Pada masa kini, bukan sahaja bengkung perempuan yang berada di pasaran, malah, bengkung lelaki turut mendapat sambutan.
Ia adalah satu produk yang agak baru dan menyebabkan ramai lelaki tidak tahu kerana mereka ingat hanya terdapat bengkung untuk kaum wanita sahaja.
Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda tentang bengkung lelaki dan kelebihan yang boleh dinikmati jika selalu memakainya.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
Fungsi Bengkung
Sebelum kita menceritakan tentang kelebihan memakai bengkung, mari kita dulu belajar apa fungsi yang dibawa oleh bengkung ini.
Ramai memakai bengkung untuk tujuan yang berbeza. Ada yang memakainya untuk kelihatan lebih kurus manakala ada juga mereka yang memakainya untuk kesihatan.
Namun, fungsi utama bengkung adalah untuk menjaga kesihatan kerana ia dapat bantu sokong otot abdomen dan sokong tulang belakang.
Ini sekaligus dapat mengurangkan masalah perut buncit dan sakit pinggang yang sering dialami oleh ramai kaum lelaki di Malaysia. Tetapi tidak banyak bengkung lelaki di pasaran sebelum ini.
Pada masa kini, semakin banyak syarikat mengeluarkan bengkung lelaki atau bengkung unisex yang bermaksud sesuai untuk kedua-dua jantina.
Selain dari membeli bengkung untuk diri sendiri, anda juga boleh mengambil tahu tentang fungsi bengkung bagi kaum wanita supaya boleh membeli untuk orang tersayang anda.
Wanita yang baru sahaja bersalin iaitu semasa berpantang, sangat digalakkan untuk memakai bengkung.
Ini kerana ia boleh membantu untuk kaum wanita untuk mengembalikan bentuk badan mereka yang dahulu dan juga membantu menaikkan kesihatan dalaman juga.
Oleh itu, kita dapat lihat bahawa bengkung lelaki dan bengkung wanita mempunyai banyak fungsi dan dapat membantu dalam banyak perkara.
Kelebihan Bengkung Lelaki
Di bahagian ini, kami akan menceritakan kepada anda kelebihan bengkung lelaki dan juga beberapa kelebihan untuk kaum wanita juga untuk rujukan anda.
- Menguatkan Tulang Belakang
Satu kelebihan bengkung lelaki adalah ia dapat menyokong otot dan dapat sokong tulang belakang. Ia akan memastikan badan tegak semasa anda melakukan aktiviti seharian anda.
Jika anda selalu memakai bengkung, ia dapat membantu untuk membaiki postur anda kerana dapat membiasakan badan anda untuk tegak.
Dengan ini, anda juga akan hilang rasa sakit belakang kerana tulang anda semakin kuat.
- Baik Untuk Penampilan
Bagi mereka yang mengalami masalah perut buncit, bengkung lelaki adalah pilihan yang bagus untuk menampakkan diri anda lebih kurus.
Ini kerana bengkung ini akan mengempiskan perut anda. Ini dalam jangka lama boleh membantu anda untuk menghilangkan berat badan dengan cepat.
Ia juga dapat memecahkan lemak dan selulit supaya anda lebih sihat.
- Berasa Lebih Yakin
Jika anda seorang yang malu atau insecure dengan penampilan anda, memakai bengkung lelaki dapat menaikkan keyakinan anda.
Ini kerana orang tidak akan perasan atau fikir bahawa anda memakai bengkung kerana ia tersorok di bawah baju anda.
Ia sangat sesuai terutamanya pada musim raya atua mana-mana event supaya anda tampil yakin, hebat dan berfesyen.
Terdapat bengkung lelaki yang mampu mengurangkan saiz perut hingga tiga inci! Dengan ini, anda akan nampak sangat segak.
- Menegangkan Kulit
Kelebihan seterusnya adalah khusus untuk wanita iaitu wanita yang sudah bersalin dan sedang berpantang. Selepas bersalin, kebanyakkan wanita akan mengalami masalah otot-otot.
Ia akan menyebabkan tisu perantara terpisah di otot-otot perut dan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Tetapi dengan memakai bengkung, ia boleh membantu menguatkannya.
Dengan itu, otot-otot anda akan lebih supaya anda berasa lebih sihat dan selesa.
Kesimpulannya, terdapat banyak fungsi dan kelebihan bengkung lelaki yang anda boleh lihat di dalam artikel ini.
Bagi mereka yang mencari bengkung lelaki, anda boleh boleh cuba bengkung dari Razowa!
Zuko Men’s Girdle ialah girdle pants khusus untuk lelaki yang digunakan untuk mengecilkan perut dan mengecilkan saiz pinggang.
Rekaannya selesa, mudah dipakai, mudah ke tandas dan sesuai untuk semua peringkat usia umur.
Girdle ini membantu menyokong tulang belakang, mengurangkan sakit pinggang dan membantu membetulkan postur badan.
Selain dari bengkung lelaki, kami juga menjual bengkung untuk wanita yang baru sahaja bersalin.
Kami bawakan bengkung 3 saat yang sangat sesuai untuk ibu-ibu, tidak kira cara secara normal atau Caesarean.
Bengkung 3 saat ini mudah dipakai dan memberi sokongan penuh tanpa memberi tekanan pada bahagian pembedahan jika anda bersalin secara Caesarean.
Apabila bengkung mudah dipakai setiap hari, maka lebih mudah untuk membentuk semula badan dan menyokong abdomen dan tulang belakang.
Bahan material yang lembut membuatkannya pilihan yang sangat sesuai untuk ibu yang baru sahaja melahirkan anak! Apa lagi anda tunggu?