fbpx

Bengkung: Cara Paling Mudah Kembalikan Bentuk Badan Ideal Anda Selepas Bersalin?

Pemakaian bengkung merupakan satu tradisi yang diamalkan terutama sekali bagi ibu-ibu yang baru bersalin.

Setelah mengandungkan si kecil selama sembilan bulan, pastinya setiap wanita mengimpikan badan mereka kembali ke keadaan asal.

Malah ada yang bekerja keras untuk menjadi lebih langsing daripada sebelumnya. 

Terdapat pelbagai cara untuk mengembalikan badan anda seperti sediakala.

Selain daripada mengawal pemakanan, ibu-ibu boleh mengamalkan pemakaian bengkung.

Tetapi, mengamalkan pemakaian ini bukan sahaja untuk melangsingkan badan semata malah terdapat banyak lagi kelebihan lain berbengkung.

Dalam artikel ini juga kami akan berkongsikan 6 faedah berbengkung yang mungkin anda tidak tahu. 

Apa Itu Bengkung?

Selepas seseorang wanita bersalin pastinya akan berpantang, mengikut tradisi kaum masing-masing.

Salah satu amalan berpantang yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia ialah pemakaian bengkung.

Jika di Barat, mereka mempunyai korset untuk memberikan kesan yang sama seperti bengkung iaitu mengempiskan perut dan melangsingkan tubuh. 

Bezanya, bengkung digunakan oleh wanita setelah melahirkan anak manakala korset boleh dipakai bila-bila masa sahaja.

Bengkung adalah kain yang dililit dengan kemas pada bahagian perut hingga pinggul wanita selepas bersalin.  

Bengkung tradisional diikat menggunakan tali kain tapi bengkung kini lebih moden dan menggunakan cangkuk. 

Jadi ia lebih cepat dan mudah untuk dipakai. 

6 Faedah Berbengkung

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa berbengkung mempunyai kelebihan lain selain melangsingkan badan.

Terutamanya para wanita yang pertama kali ingin berbengkung, pastinya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang berbengkung.

  1. Menyokong tulang belakang dan abdomen

Setelah mengandungkan bayi selama sembilan bulan, pastinya wanita akan merasakan perubahan pada postur badan.

Tak lupa juga, wanita pasti akan mengalami sakit tulang belakang kerana membawa kandungan seberat seorang bayi dalam badan!

Bengkung mampu membantu untuk memperbetulkan postur serta menyokong tulang belakang. 

Jadi, anda akan dapat bergerak dengan lebih mudah dan sakit tulang belakang yang dialami sepanjang mengandung dan bersalin juga dapat dihilangkan. 

Selain itu, bengkung juga mampu menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

  1. Mengempiskan perut

Disebabkan lilitan bengkung pada bahagian abdomen hingga ke pinggul, ia mampu bantu mengempiskan dan menganjalkan perut yang menggeleber.

Berbengkung dapat memecahkan lemak dan mencegah daripada makan secara berlebihan.

Tetapi dengan syarat, ia perlu dipakai secara konsisten sepanjang tempoh berpantang.

Hasilnya akan anda dapat lihat kelihatan selepas sekurang-kurangnya selama 4-6 minggu. 

Jika ingin lebih cepat kempis, sapukan krim atau gel pelangsingan sebelum mengenakan bengkung. 

  1. Membuang angin dalam badan

bengkung

Antara sebab perut kembung masuk angin adalah kerana organ yang mengembang. 

Dengan pemakaian bengkung yang sempurna, ia dapat membantu pengaliran angin yang lancar dari badan ibu yang berpantang.

Berbengkung dapat membuang angin dan mencegah angin daripada masuk dalam perut. 

  1. Mempercepatkan pengeluaran darah kotor/darah nifas

bengkung

Selepas bersalin, wanita akan mengeluarkan darah nifas selama 40 hari.

Darah nifas memang akan keluar secara alaminya. 

Tetapi berbengkung dapat membantu mempercepatkan proses pengeluaran darah nifas. 

  1. Mengembalikan kedudukan peranakan

bengkung

Peranakan atau rahim ialah tempat janin membesar.

Peranakan terletak dalam pelvis dan disokong oleh otot jaringan dan ligamen.

Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot jaringan dan ligamen menjadi lemah dan menggelongsor turun. 

Selain itu, banyak faktor lain yang mampu menyebabkan peranakan jatuh.

Antaranya ialah kelahiran yang kerap, bayi terlalu besar, meneran pada tempoh yang lama atau obesiti.

Dengan berbengkung, ia mampu menguatkan kembali otot dibahagian rahim dan mengembalikan kedudukan peranakan. 

  1. Menegangkan kulit dan menguatkan otot 

bengkung

Masalah otot-otot menegang selepas bersalin adalah perkara biasa bagi wanita selepas bersalin.

Semasa mengandungkan bayi kecil anda, tisu perantara yang menyambungkan otot-otot perut akan terpisah.

Otot-otot tersebut akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. 

Oleh itu, untuk mengembalikan kekuatan otot yang tegang dan kelihatan menggeleber, pakailah bengkung semasa berpantang.

Bengkung 3 Saat 

bengkung

Ini merupakan cara yang paling mudah Kembalikan Bentuk Badan Ideal Anda Selepas Bersalin

Sebagai seorang ibu, banyak lagi perkara yang anda perlu uruskan terutamanya dengan kehadiran si kecil dalam kehidupan anda.

Jadi, jangan jadikan berbengkung salah satu perkara yang anda perlu risaukan.

Bukan sahaja perlu selesa, bengkung yang dipakai mestilah tidak mengehadkan pergerakan anda.

Tapi yang mana satukah yang mampu menepati ciri-ciri ini?

Jawapannya adalah Bengkung 3 Saat Razowa.

Hanya 3 saat diperlukan untuk memakai dan mengemaskan kedudukan bengkung!

Selain daripada menjimatkan masa, ia direka untuk memudahkan pergerakan terutamanya untuk ke tandas. 

Selain itu, bengkung ini bukan sahaja sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal malah untuk yang bersalin Caesarean (pembedahan) juga.

Ikatannya kejap tetapi tidak menekan bahagian pembedahan jika anda bersalin Caesarean. 

Material yang digunakan berkualiti tinggi, lembut, menyerap peluh dan tidak panas.

Pastinya keselesaan anda terjamin dengan Bengkung 3 Saat Razowa. 

Bagi ibu-ibu yang risau mengenai saiz yang tepat untuk tubuh badan anda, usah bimbang kerana produk ini sesuai untuk semua saiz badan.

Terdapat tiga variasi saiz iaitu free size, plus size dan extra size.

Free size sesuai untuk ibu bersaiz S-L, plus size pula untuk yang berbadan XL-XXL dan extra size bagi yang memakai 3XL-4XL.

Menarik kan? ‘Like’ kami di Facebook.