fbpx

Pastikan Bengkung Bersalin Yang Anda Pilih Ada 5 Ciri Ini

Sebagai ibu yang baru sahaja bersalin atau sedang hamil, satu perkara yang anda perlu fikirkan adalah membeli barang untuk membantu tempoh berpantang seperti bengkung bersalin.

Tetapi masih ramai lagi ibu yang tidak mengambil tahu tentang penggunaan bengkung selepas bersalin dan ini sangat merugikan kerana ia sangat penting untuk pemulihan ketika berpantang.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang kelebihan memakai bengkung bersalin serta 5 ciri yang anda perlu mengenal pasti sebelum anda membelinya.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Kelebihan Memakai Bengkung Selepas Bersalin

bengkung bersalin

Selepas bersalin, memakai bengkung merupakan amalan yang diikuti ramai dalam masyarakat Melayu ketika mereka sedang berpantang.

Bengkung merupakan sehelai kain yang dililit di bahagian abdomen dengan tujuan untuk merampingkan semula badan selepas kehamilan.

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis bengkung. Bengkung yang moden kini menggunakan cangkuk dan velcro berbanding dengan bengkung tradisional yang dililit dengan tali kain.

Terdapat beberapa kebaikan memakai bengkung ketika berpantang iaitu:

  1. Membakar lemak di abdomen dan menghilangkan selulit
  2. Membantu mengurangkan sakit belakang
  3. Membetulkan postur badan
  4. Menguatkan tulang belakang dan mengembalikannya kepada kedudukan asal
  5. Merampingkan badan
  6. Mengurangkan selera makan
  7. Menangani isu perut buncit

Pada pendapat doktor pakar Barat pula, bengkung dapat mengecutkan kulit yang longgar di abdomen dan uterus serta menyokong abdomen anda.

5 Ciri Yang Anda Perlu Kenalpasti 

  1. Material selesa
bengkung bersalin

Sama seperti memilih material baju, material bengkung bersalin juga harus selesa dipakai kerana bengkung selalunya akan dipakai sepanjang siang hari.

Ciri material bengkung yang bagus adalah material yang mampu menyerap peluh dan diperbuat daripada kain yang lembut bagi mengelakkan iritasi di kulit dan melecet.

Walau bagaimanapun, anda harus elak memakai bengkung pada waktu malam bagi merehatkan abdomen anda dan juga untuk memastikan anda mendapat tidur yang lena dan selesa.

  1. Saiz bengkung

Antara ciri yang perlu dititikberatkan apabila anda memilih bengkung bersalin adalah saiz. Anda perlu memilih saiz bengkung yang sesuai dengan badan anda.

Ini kerana setiap orang mempunyai saiz badan yang berbeza. Memilih saiz yang salah juga akan menyebabkan anda berasa tidak selesa ketika memakainya.

Saiz bengkung yang terlalu besar akan melurut dan bergerak serta tidak akan berkesan dengan baik kerana bengkung perlu dipakai dengan ketat.

Bengkung yang terlalu kecil pula akan menyukarkan anda untuk bergerak dengan selesa dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas kerana ia terlalu ketat.

Oleh itu, cara untuk memilih saiz bengkung yang sesuai dengan badan anda adalah dengan mengukur lilitan perut dan abdomen anda dan memilih saiz berdasarkan ukuran tersebut.

  1. Bengkung bersalin Caesar
bengkung bersalin

Jika anda bersalin secara pembedahan Caesar, anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum memakai bengkung.

Ini kerana jahitan pembedahan tersebut memerlukan sedikit masa untuk pulih sepenuhnya dan memakai bengkung akan menyebabkan rasa sakit dan jahitan terbuka.

Jika anda ingin memakai bengkung, pastikan anda berbincang dan meminta nasihat pakar perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Bengkung bagi ibu yang menjalani Caesar perlu diperbuat daripada kain yang sangat lembut serta tidak terlalu ketat bagi mengurangkan tekanan di abdomen.

  1. Praktikal, mudah dipakai

Salah satu ciri-ciri bengkung yang bagus ialah bengkung yang mudah dipakai dan praktikal supaya anda boleh bergerak dengan senang apabila menjaga bayi anda.

Jika anda tidak mempunyai seorang pembantu untuk menolong anda memakai bengkung, anda digalakkan untuk membeli bengkung velcro kerana ia lagi mudah untuk dipakai.

Namun begitu, pastikan anda memilih bengkung yang sesuai dengan saiz badan anda supaya ia tidak melurut atau bergerak apabila anda berjalan dan sebagainya.

  1. Jenama bengkung
bengkung bersalin

Terdapat pelbagai jenama dan setiap jenama mempunyai kualiti serta harga yang berbeza. Oleh itu, anda perlu membuat kajian supaya anda dapat memilih bengkung yang terbaik.

Anda boleh meminta pendapat rakan-rakan atau ahli keluarga yang pernah membeli bengkung serta memilih jenama yang mendapat banyak testimoni yang positif.

Bengkung bersalin juga dijual di dalam bentuk set atau berasingan. Jadi anda perlu memilih dengan betul berdasarkan keperluan anda supaya anda tidak membazir duit.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai perkara yang anda perlu tahu sebelum anda membeli bengkung untuk tempoh berpantang anda.

Jika anda sedang mencari bengkung untuk membantu anda semasa berpantang, Bengkung 3 Saat dari Razowa merupakan pilihan terbaik untuk anda!

bengkung bersalin

Hanya 3 saat diperlukan untuk memakai dan mengemaskan kedudukan bengkung!

Selain daripada menjimatkan masa, ia direka untuk memudahkan pergerakan terutamanya untuk ke tandas. 

Selain itu, bengkung ini bukan sahaja sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal malah untuk yang bersalin Caesarean (pembedahan) juga.

Ikatannya kejap tetapi tidak menekan bahagian pembedahan jika anda bersalin Caesarean. 

Material yang digunakan berkualiti tinggi, lembut, menyerap peluh dan tidak panas.

Pastinya keselesaan anda terjamin dengan Bengkung 3 Saat Razowa. 

Bagi ibu-ibu yang risau mengenai saiz yang tepat untuk tubuh badan anda, usah bimbang kerana produk ini sesuai untuk semua saiz badan.

Terdapat tiga variasi saiz iaitu free size, plus size dan extra size.

Free size sesuai untuk ibu bersaiz S-L, plus size pula untuk yang berbadan XL-XXL dan extra size bagi yang memakai 3XL-4XL.

Dapatkan Bengkung 3 Saat Razowa Di Sini!