fbpx

Bengkung Bersalin: “Rakan Baik” Untuk Ibu-ibu

Pemakaian bengkung bersalin buat ibu berpantang menjadi kewajiban dalam tradisi masyarakat Melayu.

Kini para ibu amat bertuah dengan adanya bengkung moden iaitu lebih mudah dipakai dan dibuka semula.

Berbanding jenis tradisional yang menggunakan teknik lilitan tali kain. Agak sukar dan mungkin tidak selesa. 

Namun, masih ada cuba mengelat atau mengelak daripada rutin ini semasa berpantang.

Apa sebenarnya manfaat berbengkung dalam kalangan ibu-ibu?

 

4 Faedah Bengkung Untuk Para Ibu

  1. Mengempiskan perut

kebaikan bengkung

Tahukah anda pemakaian bengkung semasa berpantang boleh memecahkan lemak.

Jadi, perut kembali kempis atau leper apabila memakai bengkung secara konsisten pada setiap hari. 

Tidak perlu susah hati berlapar atau buat rutin diet yang sukar untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. 

Mudah dan selamat, bukan?

 

  1. Mencegah masalah peranakan jatuh 

Tempat pembesaranan janin di dalam pelvis iaitu rahim atau perakanan adalah disokong oleh otot jaringan dan ligament. 

Selepas melahirkan anak, ligament dan otot ini akan menjadi lemah lalu boleh menyebabkan peranakan jatuh. 

Jadi, ibu-ibu digalakkan memakai bengkung bagi mengelakkan masalah peranakan yang lemah dan untuk menguatkan kembali otot rahim.

 

  1. Menguatkan tulang belakang 

Setelah sembilan bulan membawa kandungan bayi dalam badan, akan berlaku perubahan pada postur badan ibu.

Oleh itu, bengkung mampu menyokong tulang belakang serta memperbetulkan postur badan.

Juga berfungsi menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah yang disebabkan regangan semasa mengandung. 

Anda akan dapat bergerak dengan lebih mudah dan sakit tulang belakang juga dapat dihilangkan.

 

  1. Melancarkan pengeluaran darah kotor

Para ibu akan mengeluarkan darah nifas selepas bersalin. Tempoh masa pengeluaran darah nifas pula adalah berbeza bagi setiap wanita.

Kebiasaannya akan berasa sakit pada bahagian abdomen dan vagina apabila darah kotor yang berketul itu keluar. 

Oleh itu, pentingnya pemakaian bengkung yang betul, kemas dan diikat padat pada bahagian bawah abdomen. 

Ini akan memberikan keselesaan disamping darah berketul dapat dikeluarkan dengan lancar.

 

Tips Memakai Bengkung Dengan Betul

tips pakai bengkung

Para ibu dinasihatkan berpantang selama 44 hari hingga 100 hari bagi memastikan badan betul-betul sihat. 

Kini ramai ibu bekerja, maka tempoh berpantang boleh dipendekkan.

Berikut adalah tips ringkas pemakaian bengkung yang sangat berguna terutama mereka yang pertama kali.

  1. Sapukan minyak, krim atau losyen pelangsing badan seperti Saunami Firming Cream di bahagian perut, pinggul dan pinggang sebelum memakai bengkung untuk mempercepatkan kesan.
  2. Jika bersalin secara pembedahan disarankan hanya memakai bengkung selepas betul-betul sembuh daripada kesan pembedahan.
  3. Untuk memudahkan pergerakan ke tandas, ikat bengkung dari bawah ke atas. Ikatan bawah boleh dilonggarkan.
  4. Bagi sokongan penuh ke atas rahim, pilih bengkung berdiameter panjang iaitu menutupi bahagian bawah paras dada hingga ke bawah pinggul.

 

Nak tahu amalan lain yang juga penting semasa berpantang selepas bersalin? Jom kita baca penerangan di bawah.

 

6 Amalan Semasa Berpantang

  1. Banyakkan minum air suam untuk mengelakkan dehidrasi dan supaya susu badan mencukupi. 
  2. Sentiasa memakai baju tertutup dan stokin agar suhu badan panas bagi melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan darah beku.
  3. Jika ibu kesejukan, eloklah mandi air suam untuk mengelakkan badan masuk angin. Mandian herba mampu menghapuskan sel mati dan melicinkan kulit.
  4. Jika menyusu bayi secara konsisten, ini dapat mengecutkan rahim dan dalam masa yang sama imun anak juga dapat dipertingkatkan.
  5. Bertangas mampu melancarkan pengeluaran darah kotor, menyembuhkan luka dan jahitan serta mempercepatkan proses pemulihan.
  6. Bertungku elok untuk badan yang berangin dan boleh melegakan urat. Seeloknya bertungku dilakukan sebelum memakai bengkung.

 

Kesimpulannya, walaupun zaman moden berbengkung masih penting ketika berpantang untuk kembali sihat, cantik dan bertenaga. 

Bukan itu sahaja, malah ia mengajar erti berdisiplin dalam menjaga kesihatan dan kecantikan selepas bersalin.

Memakai bengkung tidak mendatangkan kemudaratan jika pilih saiz dan material yang sesuai serta berkualiti.

Sekiranya anda buntu untuk mencari set bangkung yang bagus dan mudah, Razowa boleh membantu anda!

Kenapa anda perlu memilih Bengkung Razowa?

bengkung razowa

  1. Khas buat ibu bersalin normal atau caesarean
  2. Rekaan mudah dipakai dan jimat masa
  3. Membentuk badan ideal, menyokong abdomen dan tulang belakang
  4. Material selesa dan lembut

 

Tidak perlu risau dengan pemilihan saiz kerana bengkung ini terdiri daripada free size, plus size dan extra size!

 

Pembelian bengkung bersalin Razowa boleh melalui website, stokis atau agen Razowa.

Anda juga boleh mengunjungi website kami terlebih dahulu untuk melihat koleksi bengkung yang ada.  

 

Dapatkan bengkung Razowa anda sekarang